Siakap Keli
tanduk payudara
Gambar: Daily Mail

Luar Biasa, Saintis Kaji Punca Wanita Malaysia Tumbuh ‘Tanduk’ Pada Payudara

Seorang wanita warga emas dari Malaysia dilaporkan menghidap keadaan kesihatan yang unik, di mana terdapat ketumbuhan seakan-akan ‘tanduk’ tumbuh pada bahagian payudaranya.

Menurut laporan Daily Mail, wanita berusia 63 tahun itu memaklumkan kepada doktor bahawa ketumbuhan tersebut tiba-tiba tumbuh di bahagian payudara kirinya sejak dua tahun lalu.

Ketika wanita itu merujuk kepada pihak hospital, ketumbuhan berkenaan telah membesar kira-kira lima sentimeter dan turut berasa gatal.

Doktor memaklumkan, wanita berkenaan menghidap keadaan seperti itu kerana pengumpulan keratin, iaitu sejenis protein yang terdapat pada rambut, kulit dan kuku.

Namun doktor percaya bahawa keadaan tersebut bukanlah kanser, melainkan jangkitan kulit yang masih kekal misteri.

Para doktor di Hospital Queen Elizabeth 2, Kota Kinabalu telah melakukan prosedur pembedahan untuk membuang ‘tanduk’ berkenaan dan pesakit telah pun sembuh sepenuhnya.

Kes unik wanita ini turut diterbitkan di dalam jurnal Annals of Medicine and Surgery pada 8 April lalu.

Menurut imbasan, ketumbuhan tersebut berlaku pada permukaan kulit dan tidak merebak pada sel tisu payudara. Setakat ini, punca keadaan yang dihidapi oleh wanita berkenaan masih belum dapat dikenalpasti dan sangat jarang terjadi.

Pun begitu, saintis dikatakan menemui hubung kait antara ketumbuhan itu dengan radiasi dan pendedahan melampau kepada sinaran ultraungu (UV).

Hasil penyelidikan mencadangkan bahawa faktor umum keadaan tersebut adalah kerana actinic kerosis yang terbentuk apabila seseorang itu terlalu terdedah kepada radiasi UV.

Kes terbaru berkait keadaan itu didapati berlaku kerana verrucae vulgaris, virus ketuat yang terbentuk daripada human papillomaviruses (HPV).

Ketuat ini selalunya tumbuh pada kulit kepala, muka atau bahagian-bahagian yang terdedah pada cahaya matahari seperti dada, bahu dan leher namun ia dipercayai tidak merbahaya.

Sumber: Daily Mail

Eyla Azri