Siakap Keli
banduan akhir
Gambar Via Westword

Mainan Jadi Peneman, Kisah Banduan Paling ‘Happy’ Yang Dihukum Mati Dengan Cara Paling Kejam

Di sebalik pintu penjara, pelbagai kisah-kisah menarik yang sering menjadi perhatian ramai terutamanya yang membabitkan banduan akhir.

Penuh dengan pengajaran, sesiapa saja pasti akan berasa insaf apabila membayangkan keadaan yang perlu dilalui para banduan akhir.

Manakan tidak, setiap banduan akhir telah pun mengetahui bahawa hidup mereka di dunia ini akan berakhir pada tarikh yang ditetapkan oleh hakim mahkamah sewaktu hukuman berkenaan kes yang membabitkan mereka dibacakan.

Pada ketika itu, hanya mereka sahaja yang tahu perasaan dan perkara yang bermain di fikiran mereka.

Menerusi kisah-kisah yang tular sebelum ini, banduan akhir dikatakan akan ‘mempersiapkan diri’ menuju ke hari kematian mereka. Detik-detik yang dilalui oleh mereka itu tidak akan pernah mampu dibayangkan oleh sesiapa pun.

Bagaimanapun, kisah banduan akhir di Amerika Syarikat ini sedikit berbeza kerana dia digambarkan sebagai lelaki paling gembira ketika menunggu hukuman mati.

Ditangkap kerana didakwa membunuh

Menjadi banduan akhir ketika berumur 23 tahun, lelaki tersebut didapati bersalah membunuh seorang gadis berumur 15 tahun pada 15 Ogos 1936.

Menurut laporan, gadis itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah di rumahnya dan disahkan terbunuh akibat hentakan di bahagian kepala ketika dia sedang tidur.

Insiden pembunuhan itu telah menggemparkan bandar Puelo, Colorado dan akhbar-akhbar juga melaporkan bahawa terdapat seorang pembunuh gila seks sedang melarikan diri.

Susulan itu, pihak polis menjejaki mana-mana lelaki berwajah ‘Mexico’ yang sepadan dengan penerangan yang diberikan oleh dua wanita yang juga telah mendakwa diserang tidak jauh dari rumah mangsa pembunuhan.

banduan akhir
Gambar: All That’s Interesting

Disebabkan berada di bawah tekanan yang kuat untuk menangkap pembunuh itu, pihak polis akhirnya dapat menarik nafas lega apabila berjaya menangkap lelaki tersebut yang pada ketika itu berusia 21 tahun.

Difahamkan, lelaki itu ditemui berkeliaran tanpa tujuan berhampiran landasan kereta api dan mengakui melakukan pembunuhan itu.

Bagaimanapun, pengakuan lelaki itu dirakam setelah dipaksa oleh pihak polis. Malah, penyiasatan ke atasnya juga dikatakan telah dilakukan dengan tidak adil.

Keterangannya juga sentiasa berubah ketika di mahkamah dan dia tidak mengetahui beberapa butiran paling asas mengenai pembunuhan itu seperti fakta bahawa senjata yang digunakan adalah kapak.

Mengalami kecacatan mental

Walaupun tiga pakar psikiatri telah mengesahkan bahawa lelaki itu mengalami kecacatan mental, dia tetap didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati.

Dalam pada itu, pihak pembelaan mengeluarkan kenyataan bahawa lelaki itu tidak siuman dari segi undang-undang.

Dia bahkan tidak mampu membezakan yang mana betul dan salah serta menerangkan perkara mudah seperti perbezaan antara batu dan telur.

“Oleh itu, dia tidak akan melakukan sebarang tindakan dengan niat jenayah,” kata pihak pembelaan.

banduan akhir
Gambar: All That Interesting

Disebabkan itu juga, dia gagal memahami konsep kematian sepenuhnya.

Warden penjara mengatakan bahawa lelaki itu adalah banduan akhir yang paling gembira.

Manakan tidak, ketika lelaki itu dimaklumkan mengenai hukuman matinya, dia kelihatan lebih berminat dengan kereta api mainannya.

Apabila ditanya apa yang diinginkan untuk hidangan terakhirnya, dia meminta aiskrim dan memakannya sepanjang hari sambil bermain kereta api kesayangannya.

Kereta api sentiasa menemani

Bila tiba di hari hukumannya pada 6 Januari 1939, ‘jadualnya’ bermain kereta api terganggu sebentar kerana ibu, ibu saudara, sepupu dan adik perempuannya datang melawat untuk kali terakhir.

Tanpa sedikit pun ada titisan air mata, lelaki itu kelihatan bingung dan terus merenung ibunya yang menggigil dan menangis teresak-esak.

Setelah keluarganya pergi, dia kemudian kembali bermain kereta api kesayangannya.

banduan akhir
Gambar: All That Interesting

Difahamkan bahawa hukuman mati yang dikenakan ke atasnya itu adalah cara yang paling kejam sekali. Iaitu hukuman Gas Chamber. Hukuman ini dilakukan dengan meracun gas ke atas pesalah sehingga mati.

Beberapa minit sebelum kematiannya, dia dengan gembira memberikan kereta api tersebut kepada banduan lain.

Dia dibawa ke bilik gas, di mana dia tersengih ketika pengawal mengikatnya di kerusi.

Hukuman mati ke atasnya itu berlaku dengan sangat pantas dan warden penjara dilaporkan menangis di bilik tersebut.

Tujuh dekad selepas kematiannya, Gabenor Colorado, Bill Ritter akhirnya telah memberikan pengampunan kepada lelaki itu pada tahun 2011.

Sumber: All That Interesting, Westword

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.