Siakap Keli
Gambar Hiasan

Kisah Banduan Akhir Jadi Tidak Siuman Lepas 14 Tahun Tunggu Hukuman Gantung

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila dengar mengenai kisah banduan akhir pasti bermacam-macam yang berlegar-legar dalam pemikiran kita. Bayangkan kalau kita tahu detik dan cara kematian seperti mana yang akan berlaku oleh banduan.

Kisah banduan akhir ini akan dikongsikan oleh Kamarul iaitu bekas peguam dan sekarang merupakan seorang pensyarah dalam jurusan undang-undang di sebuah universiti.

Untuk pengetahuan anda, banduan akhir merupakan seorang banduan yang melakukan jenayah berat yang kemudiannya menjalani proses kehakiman selama bertahun-tahun dan dijatuhkan hukuman mati. 

 

Setelah menunggu selama 14 tahun dalam bilik akhir (death cell) sebelum digantung sampai mati, banduan ini telah disahkan menjadi tidak siuman dan gila.

Peristiwa ini terjadi pada seorang banduan yang didakwa atas kesalahan membunuh mangsa di kedai salon di Jalan TAR, Kuala Lumpur pada Februari 1997 di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kes bunuh tersebut, tiga mangsa mati ditikam banduan tersebut di bahagian kepala dan leher menggunakan parang. Hukuman gantung sampai mati diberikan Mahkamah Tinggi pada Jun 2000. Banduan ini menunggu untuk digantung dalam bilik akhir di Penjara Kajang.

Rayuan banduan atas hukuman gantung yang dikenakan telah ditolak Mahkamah Rayuan pada Mei 2003 dan ditolak Mahkamah Persekutuan pada Ogos 2008. Ini bermaksud hukuman gantung sampai mati dikekalkan.

Untuk pengetahuan anda, jika rayuan yang dilakukan oleh banduan masih ditolak bermakna hukuman tersebut masih dikekalkan. 

Bagaimanapun, banduan tersebut telah mendapat pengampunan dari Lembaga Pegampunan namun ditolak pada November 2013 dan ia bermaksud banduan ini akan berakhir pada tali gantung.

Menurut Kamarul, apa yang berlaku pada Mac 2014 di mana banduan ini telah bersedia menunggu hari untuk dijatuhkan hukuman gantung sangat mengejutkan apabila tanpa alasan yang didedahkan, hukuman gantung tersebut tidak dapat dilaksanakan dan ini memaksa banduan tersebut berada dalam tahanan penjara bilik akhir Kajang.

Bilik akhir ini merupakan bilik yang menempatkan banduan sebelum mereka di tali gantung.

Bayangkan, banduan ini berada dalam bilik akhir tersebut selama 14 tahun sejak tahun 2000 hingga 2014. Paling terkesan adalah masalah kesihatan banduan akhir ini.

Laporan kesihatan telah mengesahkan bahawa banduan ini mengalami masalah mental iaitu menghidapi Schizophrenia.

Kenapa banduan ini terkena masalah mental? Hal ini berlaku apabila seseorang itu menunggu dalam tempoh yang lama di bilik akhir tersebut.

Schizophrenia adalah satu penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan (perception) seseorang pada gambaran alam sebenar (realiti) kerana mengalami delusi atau halusinasi pendengaran.

Pada November 2016, panel hakim Mahkamah Rayuan YAA Abang Iskandar, Varghese George dan Nallini Pathmananthan memutuskan banduan tidak perlu digantung. Panel Hakim Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa banduan ini tidak perlu digantung untuk banduan ‘gila’, ini adalah keputusan kes Mahkamah Agung di India. 
Dengan itu, banduan tersebut masih lagi mempunyai hak untuk megemukakan hak yang ada walaupun terpaksa menunggu hukuman gantung terlaksana.
Persoalan kenapa hukuman gantung ke atas banduan ditangguhkan terlalu lama masih menjadi misteri dan tidak terjawab sehingga ke hari ini.
Sumber: Kamarul

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)