Siakap Keli
statistik indonesia korea selatan
Gambar:X @afcasiancup

“Control Game” & 21 Percubaan, Ini Statistik Luar Biasa Indonesia Lawan Korea Selatan

“Control Game” & 21 Percubaan, Ini Statistik Luar Biasa Indonesia Lawan Korea Selatan

Skuad Garuda Muda Indonesia terus mencipta impak dan kejutan dalam debut mereka di Piala Asia B23 yang sedang berlangsung di Qatar ketika ini.

Bermula daripada peringkat kumpulan lagi, Indonesia mempersembahkan prestasi yang cukup mengagumkan. Walaupun tewas dalam perlawanan pertama di tangan tuan rumah, Indonesia berjaya bangkit mengejutkan antara pasukan gergasi kejohanan, Australia dengan keputusan 1-0.

Kemudian, mereka berjaya mendapatkan tiga mata seterusnya ketika menewaskan Jordan, 4-1 sekaligus layak ke pusingan suku akhir.

Di suku akhir, berdepan dengan salah satu calon pilihan untuk menjadi juara iaitu Korea Selatan, Indonesia menunjukkan statistik atas kertas dan reputasi sesebuah pasukan bukanlah penentu segala-galanya.

Inilah yang mereka buktikan apabila berjaya melakar sejarah untuk mara ke pusingan Separuh Akhir selepas menundukkan lawan mereka menerusi sepakan penalti.

Ada 21 percubaan, statistik ‘gila’ Indonesia lawan Korea Selatan

Namun apa yang lebih mengagumkan adalah statistik perlawanan yang ditunjukkan Garuda Muda dalam perlawanan tersebut.

Umum sudah pun tahu, Korea Selatan adalah pasukan gergasi yang serba-serbi lebih atas berbanding Indonesia. Tetapi, dalam perlawanan Suku Akhir ini, ternyata Garuda Muda adalah pasukan yang lebih baik daripada mereka.

Melihat kepada penguasaan bola yang dimiliki Garuda Muda sebanyak 53 peratus dalam perlawanan ini sudah cukup untuk membuktikan apa yang berlaku.

Bayangkan, sepanjang perlawanan mereka memiliki sebanyak 21 percubaan ke arah gawang lawan, berbanding hanya 8 yang dicatatkan oleh Korea Selatan.

Daripada 21 percubaan yang dicatatkan, 5 percubaan menepati sasaran berbanding 2 yang dicatatkan lawan.

Manakala statistik hantaran pula menunjukkan Indonesia melakukan sebanyak 539 hantaran dengan 89 peratus ketepatan berbanding 468 hantaran dan 78 peratus ketepatan yang dicatatkan Korea Selatan.

Atas padang, Indonesia superior berbanding Korea Selatan

Mereka juga berjaya berada di depan seawal minit ke-15 sebelum Korea Selatan menyamakan kedudukan pada minit ke-45 hasil jaringan sendiri anak buah Shin Tae-yong.

Tidak mengalah, mereka berjaya mendapatkan gol pendahuluan semula pada masa tambahan separuh masa pertama. Korea Selatan seterusnya mendapat gol kedua yang membawa kepada penentuan sepakan penalti yang dimenangi Indonesia.

Perlu diingat, sebelum bertemu Indonesia, Korea Selatan berjaya mengekalkan rekod bersih tanpa bolos untuk tiga perlawanan peringkat kumpulan, termasuk ketika menundukkan Jepun.

Namun, berdepan dengan Garuda Muda, mereka sudah dibolosi dua gol hanya dalam separuh masa pertama sahaja.

Ini sekaligus membuktikan di atas padang, Indonesia adalah pasukan yang superior berbanding Korea Selatan.

Satu lagi, jika Garuda Muda menang lawan Arab Saudi/Uzbekistan di Separuh Akhir, mereka bakal ke Sukan Olimpik.

statistik indonesia korea selatan

BACA: “Selamat Jalan Suamiku,” Luahan Pilu Isteri Amirulfaris Buat Ramai Sebak

Sumber: Statistik Google

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.