“Selamat Jalan Suamiku,” Luahan Pilu Isteri Amirulfaris Buat Ramai Sebak
Nahas dua helikopter yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 23 April lalu telah menjadi salah satu detik hitam dalam sejarah Malaysia.
Sudah semestinya ahli keluarga mangsa merupakan golongan yang paling terkesan dalam insiden ini. Mereka telah kehilangan salah seorang individu yang paling penting dalam kehidupan masing-masing.
Frasa ‘Pergi Dibalut Loreng Pulang Dibalut Bendera’ yang sering menjadi kebimbangan setiap ahli keluarga tentera menjadi satu kenyataan yang membungkam jiwa.
Salah seorang ahli keluarga mangsa nahas telah meluahkan rasa pilu di laman Facebook hari ini.
Siti Aisyah Mohd Roslan, isteri kepada salah seorang mangsa yang terkorban iaitu Allahyarham Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi menitipkan luahan perasaannya berhubung pemergian suami kesayangannya.
Wanita tersebut dipercayai membuat hantaran pilu itu selepas majlis pengebumian suaminya di Tanah Perkuburan Islam Senawang.
Berikut merupakan hantarannya:
Alhamdulillah semua dah selamat, semua dipermudahkan…
Selamat jalan abang…
Sayang doakan rumah baru abang luas, terang dan lapang…
Abang, hari ini hari jadi sayang. Setiap kali bulan April, sayang mesti suka.
Sebab abang lahir 3 April 1989
Anniversary ibu dan ayah abang 3 April 1988
Ibu abang lahir 5 April 1965
Anniversary kita 15 April 2016
Affan lahir 21 April 2022
Sayang lahir 25 April 1992..
Selepas ini, bertambah satu tarikh duka untuk sayang dan anak-anak abang… 23 April 2024, hari pemergian abang untuk selama lamanya…
Affan yang paling manja dengan abang. Tiap kali abang balik kerja, Affan yang selalu laju peluk abang depan pintu rumah.
Selepas ini sayang dah tak dengar abang akan cakap:
“Terima kasih sayang hantar anak sekolah,”
“Terima kasih sayang masak sedap-sedap,”
“Terima kasih sayang jaga anak-anak,”
“Terima kasih sayang bawa anak-anak pergi hospital,”
Mulut abang tak pernah lekang dgn ucapan “terima kasih”.
“Terima kasih” abang tu selalu buat sayang rasa dihargai.
Sekarang sayang pula nak ucapkan “terima kasih” dekat abang…
“Terima kasih abang jaga sayang dan anak-anak”
“Terima kasih abang jadi suami yang baik,”
“Terima kasih abang jadi abi yang baik buat anak-anak,”
“Terima kasih abang jadi menantu yang baik buat mama dan ayah”
Pergilah abang. Sayang dah reda. Sayang kuat abang. Abang jangan risau. Sebab abang pernah cakap, abang tahu sayang mampu jaga anak-anak abang.
Anak-anak tu lah harta yang abang tinggalkan untuk sayang. Sayang dan anak-anak sentiasa mengingati dan merindui abang.
Al-Fatihah suamiku
Selamat jalan suamiku
Sayang dan anak-anak sayang abang selamanya.
https://www.facebook.com/cik.asyayesha/posts/pfbid0B2TETp2GgPB9qwbJ4XPJPNzoqeATDqaTJDT1Fgv1FKP88vQSmxqyJmJJdaSWU2Cfl
BACA: Betul Ke Isi Minyak “Full Tank” Merugikan? Ini Penjelasan Pakar
Sumber: Siti Aisyah Amirulfaris via Facebook