Siakap Keli
Keluarga Mohon Bantuan
Kredit: Sinar Harian

Keluarga Mohon Bantuan Kesan Anak, Dipercayai Hilang Sejak Tiga Bulan Lalu

Keluarga Mohon Bantuan Kesan Anak, Dipercayai Hilang Sejak Tiga Bulan Lalu

Sebuah keluarga yang menetap di Felda Lepar Utara Tiga, Jerantut memohon bantuan orang ramai untuk mencari anak lelaki mereka yang dipercayai hilang.

Menurut laporan Sinar Harian, lelaki bernama Mohd Hairul Shahazwan yang berusia 33 tahun itu dilapor telah hilang sejak tiga bulan lalu.

Bapa kepada lelaki terbabit, Shaari Yeop, 59 berkata anaknya disedari hilang apabila tidak pulang ke rumah selepas dikatakan ingin mengunjungi rumah adik perempuannya di Kuantan, sebelum ke Selangor untuk bertemu isteri.

Tambahnya, anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal miliknya pada 20 Februari lalu.

Shaari turut berkata dia menyangka Mohd Hairul Shahazwan berada di rumah adik perempuan atau isterinya, namun apabila disiasat anaknya tidak berada di di kedua-dua lokasi tersebut.

“Saya kemudian, cuba menghubungi telefon bimbitnya, namun gagal. Satu laporan dibuat pada 22 Februari di IPD ( Ibu Pejabat Polis Daerah) Jerantut bagi mengesan anak saya,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.

Kehilangan Mohd Hairul Shahazwan pernah tular di Facebook

Terdahulu, tular satu hantaran di laman sosial Facebook yang meminta bantuan orang ramai untuk mengesan keberadaan Mohd Hairul Shahazwan yang didakwa hilang sejak 20 Februari lepas.

Dalam pada itu, hantaran berkenaan juga memaklumkan usaha mencari sudah dilakukan, tetapi Mohd Hairul Shahazwan masih belum ditemui sehingga kini.

Shaari yang merupakan peneroka Felda berkata penemuan motor yang dinaiki anak lelakinya di ladang kelapa sawit di Lepas Utara berhampiran hutan menjadi tanda tanya.

Menurut laporan Sinar Harian lagi, motosikal terbabit ditemui penduduk kampung sebelum dimaklumkan kepada Shaari pada 16 April lalu.

“Hanya motosikal sahaja dijumpai, namun dia (anak) saya tidak jumpai. Saya dan beberapa penduduk kampung (kini) sedang berusaha mencari dia di kawasan sekitar ladang termasuk hutan berhampiran.

Athirah

When nothing goes right, go left.