KUALA LUMPUR – Baru-baru ini, Menteri Penyelasas Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan, Muhadjir Effendy mendakwa Malaysia mahu mengiktiraf tarian Reog Ponogoro sebagai warisan negara ini.
Hal ini membuatkan ‘anak seni’ tarian Reog Ponogoro membantah dan mengarahkan pemerintah untuk mendaftarkan tarian ini sebagai warisan budaya Indonesia.
Terbaharu, Wakil Delegasi Indonesia, Prof Ismunandar menegaskan bahawa Malaysia tidak pernah mengemukakan sebarang tuntutan kepada UNESCO untuk menjadikan tarian tersebut sebagai warisan budaya negara tersebut.
Memetik MetroTV, beliau juga menjelaskan bahawa tarian Reog Ponorogo adalah warisan budaya tidak ketara yang direkodkan di UNESCO namun ia tidak bermakna ia adalah paten budaya.
Pada tahun 2013 lalu, Kementerian Budaya Indonesia menyenaraikan kesenian itu sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara Indonesia.
Terdahulu, susulan daripada dakwaan daripada salah seorang menteri Indonesia yang mengatakan Malaysia mahu menuntut tarian tersebut sebagai warisan negara telah mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial.
Warganet negara seberang turut menggunakan tanda pagar #ReogFromIndonesia, selain meminta rakyat Malaysia berhenti ‘mengakui budaya yang berasal dari Indonesia’.
Berdasarkan video yang disiarkan oleh Metro TV, rakyat Indonesia berhimpun secara aman tanda memprotes dakwaan Malaysia menuntut tarian tersebut berasal dari negara jirannya itu. Lebih ribuan orang awam berhimpun bagi membantah dakwaan tersebut.
BACA: Adik-beradik Balik Beramai Kat Kampung, ‘Tak Seronok’ Kalau Satu Keluarga Je Tanggung Belanja Dapur
Sumber: Metrotvnews