Siakap Keli
Foto: Uda Meknul

Ibu Berang, Bayi 4 Bulan Cirit 30 Kali Sampai Berdarah Gara-gara ‘Orang Luar’ Bagi Makan Makanan Pejal

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebagai ibu dan ayah yang baru menimang cahaya mata, pernah tak anda melalui pengalaman dimana ada ‘orang luar’ dengan selamba menyuruh anda memberikan makanan yang tidak sesuai pada bayi yang baru sahaja berusia beberapa bulan?

Alasan yang biasa diberi pula kadang-kala terlalu mudah, contohnya nak bagi ‘perut’ bayi terbiasa dengan makanan tertentu sejak usia muda.

Seperti yang kita tahu, bayi yang baru lahir perlulah diperkenalkan dengan makanan, terutamanya makanan pejal, secara berperingkat, seiring perkembangan usia dan juga pertumbuhan giginya. Sekiranya garis panduan ini dilanggar, bayi mungkin boleh berdepan dengan masalah kesihatan yang membimbangkan, seperti kisah yang dikongsikan di bawah ini.

Nak tahu apa yang jadi? Jom sama-sama kita baca kisah ini dan semoga ia dapat dijadikan pedoman buat semua.

Anak baru usia 4 bulan setengah dah diberi makan oleh orang luar

Ibu mana yang tidak sedih, orang luar yang tidak bertanggungjawab memberi makanan kepada anaknya yang baru berusia 4 bulan setengah sehinggakan terpaksa menerima rawatan di hospital.

Pengalaman ‘ngeri’ ini dikongsikan oleh pemilik Facebook, Uda Meknul yang mendakwa ada orang memberi makan kepada anaknya tanpa izin hingga mengakibatkan anaknya cirit-birit tak berhenti dan najis darah.

“Doakan baby Uda sihat. Stres kalau orang pandai-pandai usik baby kita. Ikutkan hati nak je Uda saman. Baby bawah 6 bulan jangan nak memandai bagi maka, bagi rasa atau bagi apa-apa lagi. Anak orang bukan anak kamu.”

Katanya semasa dihubungi, Uda memaklumkan anaknya, Nik Maisarah atau lebih manja dengan panggilan Shin Aiyara ini terpaksa ditahan di wad kerana berak berdarah.

Dakwanya lagi, orang luar tersebut memberi anaknya ‘merasai’ buah kurma dan buah pear. Alasan yang diberi langsung tak masuk akal, katanya jika orang dahulu boleh buat kenapa ibu-ibu sekarang tak boleh?

Baby Shin cirit lebih dari 30 kali dan cirit berdarah

Bayangkan kita yang sudah dewasa jika mengalami cirit-birit yang berulang kali pun lemah, tambah lagi si anak kecil ini. Dia menderita dek kerana orang luar yang cuba memandai-mandai hendak memberi ‘rasa’ walaupun masih bayi tersebut belum lagi memasuki fasa ‘boleh makan’.

Ekoran tindakan tersebut, mereka merasa amat kecewa dengan apa yang menimpa Baby Shin.

“Ni dua-dua nenek dia marah sebab nenek dia suruh bagi makan baby bukan 6 bulan tetapi semasa usia 7 bulan.”

Anak yang ditunggu selama 8 tahun

Menurut Uda, dia sudah lama berkahwin dan selepas 8 tahun baru diberi sekali lagi peluang untuk mendapat si kecil ini. Bayangkan, 8 tahun menunggu, tetapi disebabkan orang lain yang tidak bertanggungjawab, padah mendapat kepada keluarga ini.

Semoga baby Shin diberikan kesembuhan dan cepat sihat. Kepada orang diluar sana, beringatlah, sebelum usia 6 bulan dan keatas jangan sesekali memberi makanan kepada mereka.

BACA: Kes Lapan Penunggang Basikal Lajak Maut: Kerani Dipenjara Enam Tahun, Denda RM6,000

Sumber: Uda Meknul

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang