Siakap Keli

Mekanik Ingatkan Servis Aircond Kereta Selalu, Elak ‘Hangus’ Ribuan Ringgit Kalau Terpaksa Ganti Kompressor

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak dinafikan sekarang kita berdepan dengan cuaca yang sangat panas di Malaysia. Bayangkan kalau anda ingin keluar membeli barangan dapur pada waktu tengah hari dengan keadaan aircond kereta anda pula tidak sejuk seperti biasa, boleh rosak ‘mood’ hari tu kan?

Nak buka tingkap semasa memandu bukanlah satu pilihan bijak, mana taknya ia akan terdedah dengan risiko jenayah dan pencemaran. Jadi, SK nak kongsikan dengan anda semua tentang cara penjagaan aircond kereta.

Tips menarik ini dikongsikan oleh Carput menerusi bebenang ringkas di laman rasmi Twitter milik mereka.

Ramai yang tak tahu, aircond juga perlu diservis sebagaimana enjin dan gearbox.

Ini contoh gambar minyak kompresor aircond. Kiri adalah minyak baru manakala gambar kanan adalah minyak terpakai.

Kalau dah hitam macam ini, tak pasti entah berapa tahun tak pernah tukar. Sekurang-kurangnya, kompresor aircond kereta diservis setiap 2 tahun sekali.

Kebiasaannya, pusat servis atau bengkel akan gunakan mesin jenis ini untuk servis aircond kereta. Kos servis antara RM130 hingga RM200 setiap servis.

Dan kalau nak dibandingkan dengan kos penggantian kompressor yang boleh mencecah ribuan ringgit adalah lebih baik untuk kita lakukan servis aircond secara berkala.

Supaya perkongsian kali ini dapat memberi manfaat dan dapat membantu anda agar selesa dan lancar ketika memandu.

4 Tips Mudah Penjagaan Aircond Kereta

1. Pemeriksaan berkala setiap tahun

Tips ini mungkin yang paling mudah dalam senarai, namun percayalah rata-rata pemilik kenderaan gagal melakukannya. Alasannya mudah sahaja, kalau tak rosak kenapa nak periksa dan baiki kan?

Secara ringkas, aircond kereta bergantung kepada 3 komponen ini untuk berfungsi iaitu evaporator, condenser dan compressor. Seperti komponenkomponen lain, ketiga-tiga bahagian ini juga jatuh dalam kategori komponen wear and tear. Jadi, ia memerlukan pemeriksaan yang berkala, lebih-lebih lagi bagi kenderaan yang sudah berusia.

2. Sentiasa bersihkan penapis udara

Sama seperti minyak, kenderaan anda juga memerlukan udara. Penapis udara berfungsi untuk menghalang bahagian dalam enjin daripada habuk dan kotoran. Penapis udara yang tidak dibersihkan juga boleh menyebabkan aircond kenderaan tidak dapat berfungsi dengan baik dan menjadi kurang sejuk.

3. Singkirkan bau busuk dan kelembapan

Semua kenderaan mempunyai fungsi defogger dan defogger berfungsi dengan menggunakan haba untuk menghilangkan kabus dan kelembapan. Anda perlu memastikan evaporator kenderaan sentiasa terjaga sekiranya sering menghidupkan aircond kenderaan untuk tempoh yang lama bagi menyingkirkan bau busuk.

4. Baca buku panduan pemilikan

Semua tentang kenderaan anda ada disebutkan di dalam buku panduan pemilikan, termasuklah tentang penjagaan aircond kenderaan dan jangka hayat komponen berkenaan. Jadi, anda akan tahu bilakah komponen ini perlu dihantar untuk diservis ataupun diganti, berdasarkan buku panduan pemilikan anda.

Sumber: Carput, Cleanfuel

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.