Siakap Keli

Kenapa #LetTheScientistBeHeard Dan #LetTheEarthBreath Jadi Trending Satu Dunia?

Jika anda perasan, dua ke tiga hari ini tanda pagar #LetTheScientistBeHeard Dan #LetTheEarthBreath jadi trending satu dunia. Apa sebab tanda pagar ini menjadi bualan warga maya?

Para saintis di seluruh dunia melakukan tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh Scientist Rebellion di beberapa buah negara selepas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengeluarkan satu laporan tentang perubahan iklim yang mengejutkan.

Dalam satu laporan, lebih 1,000 saintis dari 26 negara melakukan aktiviti tunjuk perasaan ini telah menyebabkan kekacauan berlaku di beberapa tempat termasuk di Sepanyol, Jerman dan Washington.

Susulan daripada itu, ramai saintis yang terlibat dalam tunjuk perasaan ini ditahan pihak berkuasa termasuk seorang saintis iklim bertugas di Makmal Propulsion Jet Nasa, Dr Peter Kalmus.

Peter Kalmus dan beberapa orang lagi ditahan kerana dipercayai telah menghalang pintu masuk ke bangunan JP Morgan-Chase di Los Angeles, California.

BACA:Imam Di Turki Ajak Kanak-Kanak Bermain Dalam Masjid Lepas Solat Tarawih

Dalam satu rakaman yang dimuat naik di laman Twitter miliknya menunjukkan beliau sedang berucap dengan penuh emosi merayu kepada orang ramai agar mendengar amaran buruk yang disampaikan oleh pakar tentang perubahan iklim yang berlaku.

“Kami akan kehilangan segala-galanya, kami tidak bergurau dan kami tidak berbohong serta tidak reka cerita,” katanya dalam video tersebut.

“Saya disini kerana suara saintis tidak didengari. Saya sanggup ambil risiko untuk planet yang cantik ini, untuk anak-anak saya, untuk semua kanak-kanak di dunia dan masa depan,” suaranya bergetar menahan sebak sambil mengikat rantai di pintu bangunan.

Bagaimanapun hal ini telah menarik perhatian warganet sehingga menjadikan perkataan #LetTheScientistBeHeard dan #LetTheEarthBreath ‘trending’ di seluruh dunia termasuklah di Malaysia.

Tidak cuma itu, beberapa video dan foto semasa aktiviti tunjuk perasaan tersebut yang dijalankan di sana mula tular di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #LetTheScientistBeHeard dan #LetTheEarthBreath.

Sumber: Twitter, Independent.uk

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang