Beberapa hari lalu, tular satu video di TikTok memaparkan pasangan suami isteri yang menaiki sebuah kereta Lamborghini.
Bagaimanapun, ia menjadi perhatian kerana kereta tersebut sebenarnya ‘dicipta’ sendiri oleh mereka.
Memetik laporan Liputan6, Lamborghini itu kelihatan cantik dari luar. Justeru, tidak hairanlah ia berjaya membuatkan netizen tersalah anggap.
Menerusi video tersebut, pasangan itu dilihat melakukan sedikit ‘drama’ sebelum menaiki kereta berkenaan.
Jika dilihat dari luar, kereta itu memang kelihatan cantik kerana ia berkilat dan jika dibandingkan dengan kereta di sebelahnya, Lamborghini tersebut kelihatan sangat berbeza.
Kerusi kereta Lamborghini itu berwarna kuning dan putih, cuma tapaknya yang belum dicat warna oren dan membuatkan kereta itu kelihatan kurang menarik.
Pun begitu, kreativiti pembikinan kereta itu tetap mendapat pujian ramai netizen.
Wanita di dalam video tersebut, Siska Ananda berseloroh bahawa kereta itu berharga IDR 5 bilion (RM1.4 juta).
Sehingga kini, videonya telah mendapat sebanyak 10.2 juta tontonan di TikTok dan dihujani dengan pelbagai komen menarik dari netizen.
@siska_ananda Bukan sekejap
β¬ suara asli – ππ °π Ό π ³π Ύππ ΄π Όπ Έ – ππ °π Ό π ³π Ύππ ΄π Όπ Έ
@siska_ananda Bukan sekejap
β¬ suara asli – ππ °π Ό π ³π Ύππ ΄π Όπ Έ – ππ °π Ό π ³π Ύππ ΄π Όπ Έ
BACA: (Video) Guna Keluli & Tanah Liat, Sekumpulan Lelaki Berjaya βCiptaβ Kereta Bugatti Sendiri
Sumber: Liputan6