Acap kali kita terdengar berita di mana seseorang itu diserang monyet atau beruk yang garang jika tidak memberikan haiwan berkenaan makanan. Haiwan ini akan bertindak agresif jika sedang kelaparan atau ada yang mengganggu mereka.
Beruk ‘mengamuk’
Tidak dinafikan, tindakan agresif haiwan berkenaan salah satunya mungkin berpunca daripada habitat mereka yang terjejas dan sumber makanan berkurangan. Banyak faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini, antaranya adalah penerokaan kawasan hutan untuk tujuan pembangunan, hingga menyaksikan pertembungan antara hidupan liar dengan manusia tidak lagi dapat dielakkan.
Sama seperti situasi yang berlaku dalam video yang dikongsikan oleh Dr Mohd Izhar Ariff ini. Video berkenaan menunjukkan seekor beruk bertindak membuang jubin bumbung sebuah bangunan dari tingkat atas ke tingkat sebuah bangunan.
Melalui rakaman berkenaan, dapat dilihat dan didengari bunyi jubin bumbung berkenaan jatuh dan pecah. Rakaman video berdurasi kurang dari 30 saat itu menggambarkan situasi bahaya jika penghuni di bangunan tersebut keluar dan berada di kawasan bawah tersebut.
Bagaimanapun, lokasi kejadian tidak dinyatakan di dalam video tersebut. Juga tidak dapat dipastikan bila rakaman ini diambil.
Menjengah diruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi pengalaman di mana diganggu oleh haiwan ini. Ada yang meminta untuk pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas kejadian tersebut.
https://www.facebook.com/drmohdizharariff/videos/3172116233059963
Sumber: Dr Mohd Izhar Ariff