Siakap Keli
ryan reynolds

Ryan Reynolds Kagum Tengok Hasil Video Kesan Khas Sofyank

Teka teki mengenai pelakon ‘misteri’ dari Hollywood yang berkolaborasi dengan YouTuber, Sofyank96 akhirnya terjawab apabila video gandingan mereka telah dikeluarkan beberapa hari lalu.

Menerusi video itu, Sofyank ‘tampil’ bersama aktor popular, Ryan Reynolds untuk mempromosikan filem terbaru, The Adam Project yang disiarkan di Netflix.

Dengan penggunaan kesan khas yang hebat, video itu bukan sahaja mendapat perhatian pengguna media sosial tetapi juga turut mendapat respon dari Ryan Reynolds sendiri.

Pelakon yang turut popular dengan watak adiwira Deadpool itu meluahkan kekagumannya dan berkata bahawa hasil video itu sangat hebat walaupun ‘lakonannya’ bersama Sofyank hanya mengambil masa empat minit sahaja.

“Ini menetapkan standard yang tidak adil untuk temu bual junket selama empat minit,” katanya di Twitter.

Responnya itu telah menarik perhatian netizen dari Malaysia. Rata-ratanya meluahkan rasa bangga terhadap Sofyank dan berharap agar mereka dapat berkolaborasi di ‘pentas’ yang lebih besar.

Ambil masa sebulan untuk siapkan video

Sementara itu, Sofyank berkata dia mengambil masa selama sebulan untuk menyiapkan video kolaborasi itu.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 1.1 juta tontonan di Twitter.

Terdahulu, Sofyank telah mengeluarkan satu video teaser pada bulan lalu yang tidak mendedahkan wajah Ryan.

Ia membuatkan netizen tertanya-tanya mengenai gerangan pelakon tersebut.

Kejayaannya berkolaborasi bersama Ryan mencatatkan satu lagi sejarah buat dirinya.

Sebelum ini, Sofyank pernah bekerjasama dengan beberapa selebriti popular dari Hollywood seperti Will Smith dan John Cena.

Dalam video yang dihasilkan pada tahun 2019, Will Smith telah menjemput Sofyank untuk menghasilkan satu video bagi mempromosikan filemnya, Gemini Man di Budapest, Hungary.

Malah, dia turut berpeluang untuk bergandingan bersama idolanya, Zach King beberapa tahun yang lalu.

Hasil karya Sofyank sentiasa mendapat perhatian ramai kerana kesan khas yang diolahnya kelihatan sangat kreatif dan unik.

Mempunyai 800 ribu pengikut di Instagram dan 500 ribu subsribers di YouTube, video-videonya mendapat tontonan yang tinggi dan sering dibanjiri dengan komen warganet dari dalam dan luar negara yang kagum dengan karyanya.

BACA: Youtuber Terkenal Malaysia Dedah Bakal Berkolaborasi Dengan Pelakon ‘Misteri’ Dari Hollywood

Sumber: Ryan Reynolds

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.