Siakap Keli
ibadah qurban
Gambar hiasan via Kompas/Google

Sertai Ibadah Korban Bersama Geng Suami Masak Apa Hari Ini (SMAHI), Pakej Boleh Dibayar Secara Ansuran Tanpa Riba

Suami Masak Apa Hari Ini? (SMAHI) dengan kerjasama Meatexpert, Angkatan Koperasi Runcit, Borong Berhad dan Kebun Kita akan melancarkan program Ukhwah Korban bersempena Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut pada 10 Julai ini.

Menurut pengasas SMAHI, Mohd Salleh Ab Hamid, program yang bertemakan slogan Ibadah Korban Mengeratkan Ukhwah itu bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama ahli dan bukan ahli SMAHI bersama komuniti tempatan.

Jelas Mohd Salleh, penganjuran Ukhwah Korban pada tahun ini juga turut mengambil kira situasi negara yang kini baru sahaja berada dalam fasa peralihan ke endemik, selepas dua tahun wabak COVID-19 melanda.

“Dalam situasi kita pada masa ini, masih lagi terdapat kekangan tertentu bagi seluruh masjid dan surau di Malaysia melaksanakan ibadah korban.

“Menyedari akan kesulitan yang dihadapi, kami amat bersyukur kerana dapat menyediakan saluran Ukhwah Korban bagi memudahkan umat Islam menyempurnakan ibadah tersebut secara lebih sistematik,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Dua pakej korban yang ditawarkan

Difahamkan, terdapat dua pakej yang ditawarkan iaitu Pakej Amal dan Pakej Sedekah (Asnaf). Bagi Pakej Amal, dua pilihan saiz lembu ditawarkan, iaitu Lembu A (saiz anggaran lebih kurang 220 kilogram) dan Lembu B (saiz anggaran lebih kurang 260 kilogram).

“Bagi peserta yang mengambil Pakej Amal, daging korban tersebut boleh diambil di Meatexpert Shah Alam pada hari kedua Hari Raya Aidiladha.

“Manakala bagi peserta yang memilih Pakej Asnaf, pihak penganjur akan mengagihkan daging-daging korban tersebut kepada asnaf-asnaf yang akan dikenal pasti nanti,” tambahnya.

Sehubungan itu, bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) penganjuran program terkawal, orang ramai boleh membuat tempahan korban secara atas talian sahaja melalui laman web www.smahi.my/qurban.

Bayaran pakej secara ansuran tanpa riba

Malah dalam masa sama, bayaran pakej secara ansuran bulanan tanpa riba juga turut disediakan bagi memudahkan orang ramai untuk menyertainya, lebih-lebih lagi golongan yang kurang berkemampuan.

“Selain pembayaran secara tunai melalui saluran Ukhwah Korban ini, pihak penganjur menawarkan bayaran ansuran secara bulanan tanpa riba melalui PayWithSplit dengan caj pengurusan sekitar 4.5 peratus sahaja bagi memudahkan orang ramai yang ingin melaksanakan ibadah tersebut.

“Sedikit sebanyak, aktiviti ini akan meringankan beban bagi mereka yang mempunyai kekangan kewangan, tetapi pada masa yang sama ingin melaksanakan ibadah tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, tempahan boleh dilakukan di laman web www.smahi.my/qurban bermula 14 April baru-baru ini sehingga 1 Julai depan, manakala tempahan melalui PayWithSplit adalah sehingga 30 April ini.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh disalurkan melalui talian 012-550 3707 atau emelkan ke [email protected].

Sumber: Kenyataan media SMAHI

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?