Netflix dilaporkan merancang untuk menawarkan harga langganan yang lebih murah dan disokong oleh iklan kepada pengguna sepanjang satu atau dua tahun akan datang.
Memetik laporan TechCrunch, langkah itu dilakukan untuk meningkatkan pangkalan pelanggannya di tengah-tengah persaingan yang lebih sengit daripada firma saingan.
Pada suku pertama tahun ini, Netflix dipercayai telah kehilangan 200,000 pelanggan di seluruh dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif, Reed Hasting berkata mereka akan memperkenalkan rancangan yang disokong iklan untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan.
Rancangan itu menandakan bahawa akan berlaku perubahan besar kepada Netflix.
Firma itu sebelum ini telah ditanya berulang kali selama bertahun-tahun jika ia akan mempertimbangkan untuk membawa iklan ke dalam platform tersebut, namun idea itu sering ditolak.
Pada persidangan tahun 2017, Hastings mencadangkan bahawa syarikat itu tidak sesuai untuk bersaing dengan syarikat seperti Facebook dan Google dalam mendapatkan iklan.
Beliau mengakui perubahan besar yang berlaku pada ketika ini dan berkata model iklan itu cukup matang dan terbukti berjaya untuk bersaing dengan platform lain seperti Hulu dan Disney.
“Kami tidak mempunyai sebarang keraguan bahawa ia berkesan.
“Mereka yang mengikuti Netflix tahu bahawa saya telah menentang kerumitan pengiklanan dan penggemar langganan yang sederhana,” katanya.
Ujarnya lagi, membenarkan pengguna yang menginginkan harga yang lebih rendah dan bertolak ansur dengan pengiklanan serta mendapatkan apa yang mereka mahukan sangat masuk akal.
Tambahnya, pelanggan yang tidak mahu melihat iklan akan terus ditawarkan pelan tanpa iklan.
Sementara itu, Netflix telah memperkenalkan peringkat harga bulanan berpatutan setakat ini di India bermula pada Disember lalu.
Difahamkan, setiap individu boleh melanggan Netflix pada harga serendah ₹199 (RM11.14) di negara itu.
Syarikat itu juga telah menawarkan pelan mudah alih percuma di Kenya.
BACA: Ini 13 Dokumentari Jenayah Menarik Yang ‘Wajib’ Korang Tonton Di Netflix
Sumber: Tech Crunch