Siakap Keli

OPPO Buat Hal Lagi, Beli Smartphone Boleh Dapat ‘Free Gift’ Kereta, Ganjaran Sehingga RM8 Juta

Baru-baru ni aku jalan-jalan dekat satu mall ni. Tujuan asal aku masuk Mall hari tu sebab aku nak beli baju. Sedang aku nak ke kedai baju tu aku lalu depan store OPPO ni. Mata aku tiba-tiba tertarik dengan satu poster kat situ. Siap ada gambar kereta Perodua Ativa lagi. Aku ni dah la memang ada plan nak beli kereta. So, aku pun masuk la store OPPO tu.

Rupanya OPPO tengah promote peraduan Double Your Raya Joy Sale yang bermula 18 April sampai 15 Mei 2022 ni. Patutlah ada gambar kereta Perodua Ativa sebab hadiah utama OPPO nak belanja memang sebuah kereta Perodua Ativa. Meleleh air liur puasa aku kat tepi poster tu wei. Aku usha jugak hadiah mingguan dia. Bukan biasa-biasa. OPPO nak belanja HD Android TV, Twin Cooker, Air Purifier pun ada. Memang ‘gila’ Double Your Raya Joy Sale ni.

Caranya mudah je, kau rujuk je gambar kat bawah ni. Kalau aku tulis panjang-panjang nanti kau suruh aku lukis jugak. Paling penting kau download apps MY OPPO dulu.

Pemenang mingguan akan diumum pada 24 April, 1 Mei dan 8 Mei 2022. Pemenang hadiah utama yang aku kata Perodua Ativa tadi akan diumum pada 16 Mei 2022.

Bukan tu je staf OPPO bagitahu aku. OPPO ada bagi diskaun sehingga 50 peratus untuk produk-produk diorang. Aku bagi contoh eh, Korang beli OPPO A96 dengan harga RM1,299 dan korang boleh beli OPPO Watch Free atau Enco Air2 dengan diskaun separuh harga. Jimat sehingga RM224. Siapa nak bagi waktu pandemik macam ni? 

Nak lagi? Ada, kau sabar jap. Kalau korang beli OPPO A96 yang aku cakap tadi, korang boleh dapat ganjaran tambahan berbentuk baucer sehingga RM399 dari KFC, Tealive, Sharp dan banyak lagi daripada MyOPPO App. Lepastu boleh dapat Power Bank dan Payung bernilai RM99 as complimentary gift. OPPO A96 ni smartphone terbaru dari OPPO, sebab tu banyak benda best korang boleh dapat. Phone ni dilengkapi dengan 8GB RAM dan 256GB storage. Bolehlah korang sumbat semua OOTD Raya korang dalam phone tu. 

BACA: Jam Pintar Setanding Smartphone, OPPO Watch Memang Hebat Dengan Wear OS by Google

Nak phone lain? Ada takkan tak ada. Kalau kau beli OPPO Reno7, Reno7 Pro atau Reno7 Z dengan harga RM1,699 sehingga RM2,999, kau boleh dapat diskaun 50% untuk beli sama ada OPPO Watch Free, OPPO Band atau Enco Air2. Lepastu, dapat pulak baucer hotel 2 hari 1 malam bernilai RM250. Bukan tu saja, OPPO bagi lagi OPPO Reno7 Backpack as complimentary gift tau. Mewah dengan hadiah jee.

Nak tahu lebih pasal Double Your Raya Joy Sale ni kau pergi je kat website OPPO ni. Semua info ada kat situ. Jangan malu jangan segan.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.