KUALA LUMPUR – Seorang rakyat Malaysia, Nagaenthran K. Dharmalingam didapati bersalah menyeludup dadah ke Singapura akan menjalani hukuman gantung sampai mati pada 27 April ini.
Berdasarkan laporan ringkas Astro Awani, Nagaenthran didapati beralah menyeludup 42.72 gram heroin dari Malaysia ke Singapura melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands pada April 2009.
Dia dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Singapura pada November 2010. Bagaimanapun, hukumannya ditangguhkan susulan beberapa perubahan yang dilakukan terhadap undang-undang negara itu.
Tertuduh kemudian menjalani pelbagai peringkat rayuan dari tahun 2017 hingga 2020. Nagaenthran berusia 34 tahun ini merayu untuk dilepaskan daripada hukuman gantung atas alasan tidak siuman.
Bagaimanapun, rayuannya ditolak kerana dia didapati tidak mempunyai sebarang masalah mental dan hanya mempunyai IQ yang rendah.
Terdahulu, kes melibatkan rakyat Malaysia ini mendapat perhatian daripada ramai aktivis serta pejuang hak asasi manusia yang mengecam tindakan Singapura melaksanakan hukuman gantung terhadap seseorang yang didakwa mempunyai masalah mental.
https://www.facebook.com/astroawani/videos/5416143971752699
BACA: Mudah & Pantas, Ikut Cara Ini Untuk Tukar Duit Raya Di ATM
Sumber: Astro Awani