Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: Bernama

Budaya Yeye: Siasatan Menyeluruh Ikut Prosedur Dalaman Ketat Tanpa Kompromi – Adly

Athirah

Budaya Yeye: Siasatan Menyeluruh Ikut Prosedur Dalaman Ketat Tanpa Kompromi – Adly

ALOR GAJAH, 18 Jan (Bernama) — Kementerian Pertahanan (MINDEF) sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh mengikut prosedur dalaman yang ketat tanpa kompromi melibatkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikaitkan dengan budaya “Yeye” atau hedonisme.

Timbalan Menterinya Adly Zahari berkata siasatan itu dilaksanakan jawatankuasa ditubuhkan di bawah semua domain pertahanan tentera darat, laut dan udara yang mempunyai peraturan serta disiplin ketat dan jelas.

“Di MINDEF, kita tidak benarkan sebarang perlakuan yang bercanggah dengan budaya ketenteraan dalam mana-mana domain pertahanan kita, sama ada kes itu terpencil atau tidak.

“Kalau berlaku pelanggaran pada disiplin, kita akan bertindak pada peringkat dalaman…akan ada jawatankuasa ditubuhkan dan siasatan akan dilakukan termasuk membawa kes berkenaan ke mahkamah tentera,” katanya di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Hiasan Tahun Baharu Cina di Kampung Permai Machap Umboo Baru, yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya Datuk Ngwe Hee Sem.

Adly berkata menerusi siasatan yang dijalankan itu, anggota atau pegawai dikaitkan aktiviti tidak bermoral itu dijamin hak mempertahankan atau membuktikan diri mereka tidak bersalah sebelum sebarang hukuman dijatuhkan.

Beliau berkata rakyat diminta untuk tidak mempertikaikan pengorbanan anggota dan pegawai ATM disebabkan isu berkenaan, kerana tanggungjawab mereka menjaga keamanan dan keselamatan negara telah terbukti.

“Di MINDEF, kita ada lebih daripada 130,000 anggota serta pegawai ATM, manakala kita juga ada kira-kira 300,000 veteran tentera dan mereka sudah korbankan masa, kepentingan keluarga dan sebahagiannya mengorbankan nyawa mereka untuk negara,” katanya.

Semalam media melaporkan Panglima Tentera Darat Jen Datuk Azhan Md Othman mengesahkan sebanyak 15 pegawainya dikenal pasti terlibat dalam aktiviti tidak bermoral yang dikaitkan dengan budaya “Yeye”, seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Sebelum ini, sebanyak 21 pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut dikenal pasti terbabit dengan aktiviti tidak bermoral itu dan siasatan kes telah dilengkapkan sebelum ke proses perundangan dalam masa terdekat.

BACA: Lelaki Minta Sunting Gambar Mata Kelihatan Terbuka, Terhibur Lihat Hasil Tukang “Edit

Sumber: Bernama