Siakap Keli

Tak Sangka, Ada ‘Juadah’ Khas Untuk Kucing Sempena Raya Tahun Ni, Terpaling ‘Purr-fect’

Macam yang anda semua tahu, kucing sekian lama menjadi kawan yang paling akrab dengan manusia. Tak susah pun nak cari pecinta kucing di luar sana. Walaupun kucing dengan kita berbeza spesis dan status, tetapi rasa cinta dan kasih sayang yang wujud memang real, kan?

Kalau tak percaya, anda tanyalah rakan-rakan terdekat yang begitu menyayangi kucing, layanan yang diberi memang saling tak tumpah, macam darah daging sendiri.

Mungkin ada yang terfikir, “Eh mesti mahalkan nak bela kucing, nak beli makanan yang sedap-sedap dan sihat bukannya murah”. Sebenarnya, silap besar kalau ada yang beranggapan macam ini. Kalau anda nak tahu, pengeluar makanan kucing terkenal, ProDiet banyak mengeluarkan produk makanan untuk si bulu yang berkualiti tinggi dan harganya memang sangat berpatutan. Dengan ProDiet, anda tak perlu berhabis wang ringgit untuk memberikan yang terbaik untuk kucing anda.

via GIPHY

Nak lagi, menjelang Aidilfitri ini, ada sesuatu yang sangat istimewa dibawakan khas oleh ProDiet untuk kucing kesayangan anda. Takkan la si tuan sahaja nak menikmati perayaan dengan pelbagai juadah yang menggiurkan. Si bulu juga nak layanan istimewa macam ahli keluarga di hari yang penuh keriangan ini.

Anda beruntung sebab ada ProDiet Raya Fun Pack

Kalau anda nak makan ketupat masa raya, si bulu pun nak hidangan istimewa juga tau. Jadi, sempena Aidilfitri, ProDiet ada mengeluarkan satu pek iaitu ProDiet Raya Fun Pack edisi terhad, khas untuk meraikan kucing-kucing kesayangan anda di hari lebaran ini.

Lagi menarik, ProDiet Raya Fun Pack ni juga boleh dijadikan sebagai hadiah juga tau. Kira macam duit raya juga, setahun sekali je ada kan.

Jumpa budak-budak, anda bagi sampul duit raya, kalau kucing anda sendiri atau ziarah rumah kawan-kawan pecinta kucing, anda nak bagi apa pula? Semestinya ProDiet Raya Fun Pack.

ProDiet Raya Fun Pack ini hadir dengan dua jenis makanan edisi terhad iaitu ProDiet Ocean Fish dengan Apple Topper dan ProDiet Tuna dengan Apple Topper.

Ada Apple Topper, lain dari yang lain

Kalau kucing dah makan makanan yang sedap-sedap, ini masanya nak bagi si bulu nikmati sesuatu yang extra sedap dan berkhasiat. ProDiet Raya Fun Pack ini hadir dengan makanan kucing ProDiet dan ditambah dengan Apple Topper tau.

Apple Topper ini adalah jenis air-dried dan diperbuat daripada 100 peratus buah epal, tanpa pengawet tambahan. Tujuan tambahan Apple Topper adalah untuk meningkatkan selera makan kucing, menambah rasa dan nutrisi vitamin K, vitamin C, dengan antioxidant.

Gambar: Google

Jadi, setahun sekali kucing anda juga dapatlah juga merasai ‘juadah’ yang berbeza. Ala-ala makanan mewah gitu. Rasa pun jadi berganda lebih sedap dari makanan kucing yang biasa melalui kepelbagaian perisa.

Siap dapat gift ketupat mainan lagi

Haaa, bukan fun pack biasa-biasa je tau. Kalau anda beli ProDiet Raya Fun Pack ni, anda siap dapat hadiah ketupat mainan yang pasti membuatkan sambutan raya kucing anda menjadi bertambah meriah lagi.

Bayangkan, sarung baju melayu dekat si bulu kemudian bagi kucing anda main hadiah ketupat mainan dari ProDiet. Lepas tu bawa kucing anda join sesi fotografi raya. Baru la kena dengan tema hari raya kan.

Terhad tapi berkhasiat, kucing anda kekal sihat dan kuat

Walaupun datang dalam edisi terhad, namun Raya Fun Pack ni tetap mengutamakan kualiti dan diet yang seimbang untuk kucing anda. Betul, nak bagi kucing makan makanan yang sedap di pagi raya, tapi anda kena pastikan makanan yang diberi adalah makanan sihat.

Mujur ada ProDiet Raya Fun Pack kan. Sebabnya, semua makanan ProDiet dihasilkan dengan 100 peratus nutrisi yang seimbang dan lengkap.

Apa kebaikannya? Pertama, sistem imun kucing anda dapat ditingkatkan sekaligus si comel dapat menjalani kehidupan harian dengan lebih ceria.

via GIPHY

Kedua, kandungan nutrisi dalam makanan laut juga dapat menjamin pertumbuhan gigi yang sihat dan menjadikan tulang si bulu bertambah kuat. Jadi, si kucing akan menjadi lebih aktif dan cergas melompat ke sana sini.

Selain itu, makanan ProDiet juga memberi manfaat kepada sistem pencernaan si bulu kesayangan anda. Apabila makanan-makanan yang berkualiti tinggi dan sihat sahaja yang masuk dalam perut, tak adalah kucing anda meragam tak tentu pasal. Tambah-tambah hari raya, kalau kucing buat hal asyik muntah dan berak je, nak beraya pun tak senang nanti kan.

Kongsi kegembiraan, raikan raya bersama ProDiet

Dengan hanya RM 19.90 je, anda dapat berkongsi kegembiraan menyambut hari kemenangan umat Islam bersama-sama kucing kesayangan dengan mendapatkan ProDiet Raya Fun Pack ini.

ProDiet Raya Fun Pack ini boleh didapati melalui platform atas talian dan juga kedai haiwan yang berhampiran anda. Bagi yang ingin membeli di atas talian, anda boleh dapatkan disini https://bit.ly/PDFunPackPS.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web dan facebook ProDiet. Selamat menyambut Aidilfitri bersama si bulu manja anda.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.