Siakap Keli
kerja kosong unik
Gambar via Twitter

‘Kerja Kosong’ Unik, Tidur Selama 30 Hari Dengan Bayaran RM1,500

Satu kerja kosong unik kini ditawarkan untuk anda, iaitu tidur selama 30 hari dengan kadar bayaran RM1,500.

Tidur merupakan amalan penting kepada manusia bagi memastikan kesihatan terjamin supaya dapat meneruskan pekerjaan pada keesokan harinya.

Akan tetapi, tidak semua orang mampu untuk dapatkan tidur yang lena walaupun badan mereka terlalu pemat ketika melakukan aktiviti pada waktu siang.

Namun, pernah dengar soal pekerjaan yang memerlukan anda tidur? Mungkin di luar negara, para pakar telah melaksanakan hal ini sebagai eksperimen.

Kini, pihak Universiti Malaya (UM) pula melakukan hal ini dengan menawarkan sebanyak RM1,500 kepada mereka yang sanggup untuk melakukan eksperimen ini selama 30 hari bersamaan satu bulan.

Tujuan eksperimen

Eksperimen ini bertujuan untuk menilai tahap ‘kesihatan’ tidur di bilik dengan pendingin hawa ‘penyongsang’ (inverter) dan bukan ‘penyongsang’ (non-inverter) pada suhu 27 darjah Celsius pada waktu malam.

Antara kriteria yang layak untuk menyertai eksperimen ini adalah mereka mestilah yang berumur antara 20 hingga 40 tahun, sama ada lelaki atau perempuan yang mempunyai bacaan BMI normal (18.5 – 24.9).

Selain itu, mereka yang memohon boleh melakukan eksperimen ini di bilik yang disediakan di Subang dan memiliki tahap kesihatan yang baik dan tiada sebarang isu kesihatan berkaitan tidur.

Di samping itu, mereka yang menghidap penyakit gangguan tidur yang kronik seperti Insomnia, apnea tidur dan sebagainya tidak layak untuk menyertai eksperimen ini.

Gambar via Twitter

Segelintir manusia ada yang mengalami masalah gangguan tidur seperti Insomnia atau Sleep Apnea (OSA). Gangguan ini menyebabkan mereka sukar untuk tidur pada waktu malam hingga ke tengah malam.

Memetik Web MD, keadaan mereka yang mengalami insomnia boleh berlaku dalam jangka pendek dan juga boleh mungkin akan menjadi kronik jika dibiarkan.

Sumber: Twitter Aidy Johan, Web MD

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.