Kucing seringkali menjadi pilihan sebagai haiwan peliharaan kesayangan kerana sifatnya yang jinak dan telatah mereka yang comel lalu mampu menambat hati sesiapa sahaja.
Namun, masih ada individu yang tidak bertanggungjawab dan sanggup melakukan kekejaman kepada haiwan ini. Tindakan yang dibuat langsung tidak berhati perut dan seolah-olah mengabaikan fakta bahawa si bulu juga mempunyai perasaan seperti makhluk bernyawa yang lain.
Dalam satu video yang tular di media sosial beberapa hari lepas menunjukkan seekor kucing berwarna putih bertompok oren mengalami masalah perut yang membesar hingga kelihatan mengerikan. Lebih memilukan, haiwan berkenaan juga dilihat mengalami kesukaran untuk berjalan. Pada awalnya, tiada sesiapa pun tahu punca yang menyebabkannya menderita sedemikian rupa.
3 das peluru di dalam perutnya
Kucing ini diselamatkan oleh pemilik pusat perlindungan haiwan iaitu dikenali sebagai Rumah Singgah Clow. Di pusat perlindungan ini, mereka telah membuka dana untuk membantu kucing betina ini mendapatkan rawatan selanjutnya.
Apabila dibawa bertemu pakar, barulah mereka mengetahui bahawa perut kucing ini dipenuhi nanah, didakwa ditembak oleh individu tidak bertanggungjawab dipercayai menggunakan senapang angin.
Kucing ini akhirnya berjaya diselamatkan melalui pembedahan. Ketika nanah dikeluarkan daripada perutnya, doktor turut menemui 3 butir peluru yang dikesan lebih awal melalui imbasan x-ray.
Peluru yang masuk dalam perutnya
Selepas penderitaannya hilang, khabarnya kucing comel ini bakal dijaga oleh seorang individu yang baik hati. Bagaimanapun, si comel ini hanya akan bertemu dengan tuan baharunya selepas tempoh rawatannya berakhir.
Menjengah diruangan komen, rata-rata warganet melahirkan rasa syukur kerana penderitaan si bulu comel ini berakhir. Mereka juga tidak menyangka ada manusia yang tergamak melakukan tindakan kejam sedemikian dan sanggup melayan haiwan ini sebegitu rupa.
View this post on Instagram
Sumber: Rumahsinggahclow , Merdeka.com
BACA: Kes Bella- Saksi Nafi Dibayar Beri Keterangan Palsu Di Mahkamah