Siakap Keli
roh pendendam
Gambar: Thaiger

Lelaki Dakwa Dirasuk Roh Pendendam, Tuntut Bayar ‘Hutang’ Kalau Tak Mahu Disumpah

Seorang lelaki Thailand dari wilayah Chon Buri mendakwa bahawa roh pendendam telah merasuki tubuhnya dan memaksanya untuk membunuh diri sebanyak dua kali serta memintanya untuk membayar hutang sebanyak 20,000 baht (RM2,531).

Memetik laporan portal The Thaiger, seorang sami Buddha yang berkomunikasi dengan roh tersebut memberitahu bahawa roh berkenaan telah meminta lelaki itu supaya menjadi sami dan membayar duit berkenaan bagi menebus jenayah yang dilakukannya pada 19 tahun lalu.

Sejak minggu lalu, lelaki berusia 40 tahun itu mendakwa bahawa hidupnya dan keluarga menjadi huru-hara disebabkan roh tersebut.

Dakwanya lagi, roh itu telah merasuki tubuhnya dan membuatkannya beberapa kali cuba untuk membunuh diri.

Sementara itu, dia juga telah membawa keluarganya ke Kuil Thep Prasat di Chonburi untuk mendapatkan bantuan daripada seorang sami.

Menurut laporan, sami itu melakukan exorcism dengan menggunakan air suci untuk membebaskan lelaki itu daripada terus dibelenggu roh.

Semasa upacara itu, roh telah menguasai tubuh lelaki tersebut sekali lagi dan memberi peluang kepada sami untuk berkomunikasi dengannya.

Ingin membalas dendam

Roh itu didakwa menjelaskan kepada sami bahawa dia ingin membalas dendam terhadap lelaki itu dan keluarganya kerana telah memusnahkan rumah kayu miliknya 19 tahun lalu.

Difahamkan, lelaki itu telah menemui 70,000 (RM8,873) dalam beg kain di dalam rumah kayu tersebut ketika bekerja sebagai renjer hutan.

Lelaki itu telah bertindak mengambilnya dan kemudian menghancurkan rumah tersebut, dengan harapan terdapat lebih banyak wang yang tersembunyi di dalamnya.

Susulan pendedahan itu, lelaki tersebut dilaporkan mengakuinya dan kini cuba untuk memenuhi keperluan hantu itu.

Minta duit semula

Roh itu juga berkata dia akan menyelamatkan lelaki itu dan keluarganya jika mereka membayar balik duit 20,00 baht tersebut.

Jika lelaki itu tidak melakukan seperti yang diminta oleh roh itu, dia akan disumpah menjadi gila dan nyawa keluarganya berada dalam bahaya.

Bila ditanya mengenai baki 50,000 baht lagi, roh itu berkata lelaki itu telah pun membayarnya dalam bentuk kebaikan yang telah dilakukannya sejak 19 tahun lalu.

Bimbang tidak dapat memenuhi keperluan roh itu, sami meminta agar roh itu melanjutkan tarikh akhir pembayaran sehingga akhir bulan ini.

Bagaimanapun, cara untuk memindahkan wang itu ke alam hantu tidak didedahkan oleh sami tersebut.

Sumber: The Thaiger

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.