Siakap Keli
Gambar: Terapi Islam Ibnu Katsir (TIIBKA)

“Saya Dapat Rasakan Dia ‘Hidup’,” Kisah Wanita Alami Kerasukan, Dipercayai Berpunca Dari Patung Kesayangan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Patung sering menjadi permainan anak-anak kecil tak kira lelaki mahupun perempuan. Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menyimpan anak patung adalah harus jika dijadikan permainan, namun haram untuk dimuliakan.

Berikut adalah kesimpulan dalam petikan Al-Kafi #1331: Hukum Menyimpan Patung Permainan Kanak-kanak yang diterbitkan pada 2019 yang lalu.

Berdasarkan nas al-Quran dan hadith di atas, jelaslah kepada kita bahawa pengharaman patung tersebut adalah berkaitan haram mengukir patung yang menyerupai ciptaan Allah SWT dan haram untuk disembah atau dimuliakan.

Adapun selain daripada perkara tersebut seperti patung sebagai alat permainan dan pembelajaran bagi kanak-kanak, maka hukumnya adalah harus.

Hal ini kerana patung permainan kanak-kanak bukanlah sesuatu yang disembah atau dimuliakan. Bahkan, kanak-kanak tersebut dengan tabiatnya akan mematahkan dan merosakkan patung tersebut seperti terputus kepala atau anggota badannya. Ini jelas menunjukkan bahawa ia adalah sebagai patung permainan bagi mereka dan jauh sekali untuk dihormati, apatah lagi disembah.

Hukum-hukum ini pastinya mempunyai hikmah tersendiri. Baru-baru ini, perawat daripada Terapi Islam Ibnu Katsir (TIIBKA) telah berkongsi kisah merawat pesakit yang terkena gangguan jin dipercayai berpunca daripada patung beruang kepunyaannya.

Menurut penulis, Muhammed NorHezri Baharudin, wanita berusia 20-an itu telah mengalami kerasukan tanpa henti daripada pagi sehingga tengah hari. Susulan itu, keluarga pesakit telah menghubungi perawat daripada TIIBKA untuk mendapatkan bantuan.

Hasil siasatan, dipercayai patung besar di rumah wanita itu menjadi punca gangguan tersebut. Berikut adalah kisahnya.

Gangguan Teddy Bear 1

Sama-sama kita hayati hadith ini.

Terdapat larangan dalam beberapa hadith mengenai menyimpan dan meletakkan patung di dalam rumah serta mengukirnya.

Rasulullah SAW bersabda:

لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةُ تَمَاثِيلَ

Maksudnya: Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya mempunyai anjing dan gambar patung.

Hadith riwayat al-Bukhari (3225) dan Muslim (2016)

Rawatan pagi ini rawatan berjalan seperti biasa, 3 orang pesakit hadir menerima rawatan. Usai rawatan pesakit terakhir, saya menerima satu mesej rawatan kecemasan dimana seorang wanita berusia hujung 20an sedang kerasukan dirumahnya. Kerasukan yang bermula pada pagi sehingga tengah hari tanpa henti.

Seperti biasa, sebelum kerumah pesakit tersebut, beberapa soalan diajukan bagi memastikan keadaan pesakit dan persediaan yang perlu dilakukan.

“Boleh saya tahu ni siapa ya?”

“Saya Ahmad, adik pesakit yang ustaz rawat semalam.”

“Ok, kenapa dengan kakak?”

“Dari pagi tadi kakak menjerit-jerit, kaki dan tangan jadi keras dan bergerak tak boleh dikawal.”

“Baik, Insha Allah saya akan datang pada jam 3:30pm, jangan layan apa yang kakak cakap dan perhatikan gerak geri dia sehingga saya sampai.”

Dalam kepala berfikir macam-macam. Pesakit ini balik dari pusat rawatan semalam dalam keadaan tenang, tapi bila balik kerumah jadi semakin teruk. Mesti ada sesuatu dirumah pesakit ini hati saya terdetik.

Bismillah, perjalanan lebih kurang 25 minit dari pusat rawatan kerumah pesakit dimulakan.

3:45 pm saya sampai kerumah pesakit tersebut bersama dengan Ahmad (adik pesakit). Keadaan dirumah tenang, kakak yang tadinya kerasukan masih berada didalam bilik. Keluarga pesakit telah menunggu dibawah, tidak lama kemudian pesakit turun dari biliknya dalam keadaan resah dan separa sedar.

Saya meminta pesakit duduk menghadap kearah kiblat dan sesi ruqyah dimulakan dihadapan keluarganya.
Surah Al-Fatihah dibacakan dan pesakit terus meraung menjerit tidak selesa.

“Kenapa kau datang tempat aku! Aku nak dia mati!”

“Di mana tempat kamu? Dengan izin Allah dan kehendak Allah, tunjukkan dimana?

“Sana!” Pesakit menunjukkan arah didapur dan bilik.

Tanpa berlengah, saya terus ke dapur dengan membawa sebekas air. Beberapa potongan ayat Ruqyah dibacakan antaranya dari surah Al Baqarah, Al Hasr, Al Mukminun, Ar Rahman, dan Muawwizat. Jam menunjukkan 4:32pm, tepat pada waktu asar. Azan dikumandangkan ditengah-tengah rumah tersebut, pesakit semakin aggresif dan tidak keruan.

Selesai azan, air yang telah diruqyah tadi dipercikkan sekitar dapur dan saya naik ke bilik pesakit tersebut bersama Ahmad. Mata saya tertumpu pada satu patung teddy bear yang besar sewaktu merenjis air dalam bilik tersebut. Mata patung ini bagai memerhatikan gerak geri saya.

Saya membawa patung ini turun kebawah, serta merta pesakit ini merayu.

“Jangan apa-apakan dia. Itu tempat aku. Aku dah lama duduk disitu. Aku temankan dia. Aku kawan dengan dia.

Dengan lantang saya berkata,

“Berpindahlah kamu wahai makhluk Allah! Sebelum patung ini dimusnahkan!”

Ruqyah terus dibacakan pada pesakit selama 20 minit dan dengan izin Allah pesakit sedar dalam keadaan yang lemah. Saya meminta izin pada pesakit dan keluarga untuk musnahkan patung ini dan mereka membenarkannya.

Sebelum patung ini dimusnahkan, saya bertanya pesakit beberapa soalan,

“Sayang ke dengan patung ni?”

“Dia seperti anak saya,” sehingga menggelarkan dirinya MAMA kepada patung tersebut.

“Dia tempat saya meluahkan perasaan, dia tempat saya mengadu semua perasaan saya.”

“Dia faham perasaan saya. Saya dapat rasakan dia ‘hidup’”.

Nasihat dan panduan terus diberikan pada pesakit ini. Jin telah menetap pada patung tersebut sehingga pesakit merasakan patung tersebut hidup. Patung ini akhirnya dibakar dan pesakit dapat merasakan sesuatu yang amat berbeza didalam dirinya.

Gambar: Terapi Islam Ibnu Katsir (TIIBKA)
Gambar: Terapi Islam Ibnu Katsir (TIIBKA)
Gambar: Terapi Islam Ibnu Katsir (TIIBKA)

Sambungan..

Gangguan Teddy Bear 2

Setelah pesakit sedar dan pulih dari kerasukan bermula sesi perbualan antara saya bersama pesakit

“Istimewa sangat ke teddy bear ni dik?”

“Saya dah anggap dia anak saya, setiap hari saya bercakap dengan dia..saya luahkan perasaan dekat dia.”

Astaghfirullah, kita ada Allah dik, kita luah pada Dia dik, bukan pada patung ni, syaitan suka adik buat macam tu. Teddy bear ni jadi sarang syaitan dik.

Pernah terjadi satu peristiwa, teddy bear ni beralih sendiri dari atas katil pergi ke bawah katil.

Pesakit ini juga mengakui dan melihat teddy bear ini bergerak sendiri seperti hidup.

Antara gangguan yang dihadapi oleh pesakit ini adalah sering merasa gatal-gatal di seluruh badan. Jadi seorang yang panas baran dan sangat sensitif.

Teddy bear ini dibakar dan dimusnahkan sejurus pulang dari rumah pesakit.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, pesakit tidak lagi merasa gatal-gatal di tubuhnya, menjadi seorang yang lebih tenang dan penyabar.

Semoga dengan pengalaman dan kisah ini dapat dijadikan iktibar serta pengajaran.

  • Sentiasa memohon perlindungan Allah dengan mengamalkan zikir pagi dan petang yang Shahih
  • Sentiasa mengadu pada Allah yang Maha Mendengar serta Maha Mengetahui
  • Tidak menyimpan anak patung untuk dijadikan sebagai hiasan dan “kawan”
  • Kebiasaanya patung-patung ini menjadi sarang dan tempat tinggal jin hikmah.

*Kisah ini boleh di share dengan meletakkan Terapi Islam Ibnu Katsir – TIIBKA sebagai kredit. Semoga bermanfaat.

Muhammed NorHezri Baharudin
24 Ogos 2021
Terapi Islam Ibnu Katsir( TIIBKA)

Sumber: Terapi Islam Ibnu Katsir, Mufti Wilayah Persekutuan

@thesiakapkeli

Orang selangor mana? Mana yg betul2 sedap ni🤔 #GreatestMakanHits #foodreview #selangor @tourismselangor

♬ original sound - Siakap Keli
" "