Siakap Keli
erik ten hag

Man United Lantik Erik Ten Hag Sebagai Jurulatih Baharu, ‘Gergasi EPL Bakal Kembali’?

Desas-desus mengenai pengendali baharu kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Machester United (Man United) menghampiri penghujungnya apabila Erik Ten Hag disahkan bakal mengisi posisi tersebut.

Berita berkenaan diumumkan oleh wartawan bola sepak terkemuka Itali, Fabrizio Romano di laman Twitternya sebentar tadi.

Menurut laman web rasmi kelab, Erik Ten Hag akan menandatangani kontrak sehingga 2025 dengan opsyen lanjutan setahun.

The Red Devils ketika ini dikendalikan oleh pengendali sementara, Ralf Rangnick yang menggantikan pengendali sebelum itu, Ole Gunnar Solskjær. Ole dipecat selepas mempamerkan aksi hambar dalam saingan liga musim ini termasuk kekalahan memalukan kepada musuh tradisi, Liverpool 5-0 di laman sendiri.

Terdahulu, dalam aksi pusingan kedua EPL di laman Liverpool, Man. United sekali lagi terpaksa menelan kekalahan pahit apabila tewas mudah 4-0.

Prestasi semasa kelab tersebut nyata menimbulkan kemarahan para penyokongnya dengan kapten pasukan, Harry Maguire seringkali menjadi mangsa kecaman para peminat.

Apakah kehadiran pengendali baharu dari Ajax Amsterdam yang bersaing di Erediviese ini bakal membawakan perubahan dalam kelab tersebut? Sama-sama kita saksikan.

BACA: KKM Benarkan Penjaga, Pelawat Pesakit Dirawat Di Wad Mulai Sabtu Ini

Sumber: Fabrizio Romano

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.