Siakap Keli
harga maksimum perayaan
Kredit: Bernama

KPDNHEP Umum Harga Maksimum Skim Harga Maksimum Bagi Musim Hari Raya Puasa 2022

PUTRAJAYA, 21 April 2022 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) terus komited untuk memastikan Keluarga Malaysia dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup (COL) ketika ini.

Kementerian telah melaksanakan Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam pada 5 Februari 2022 dan sedang berkuatkuasa sehingga 5 Jun 2022 sebagai langkah untuk menstabilkan harga ayam dan telur ayam serta memastikan keberadaan bekalannya di pasaran.

Permintaan ke atas barangan tertentu juga dijangka meningkat menjelang perayaan Hari Raya Puasa yang bakal disambut pada 3 Mei 2022.

Sebagai langkah menstabilkan harga barangan dan memastikan keberadaan bekalan di pasaran sebelum, semasa dan selepas perayaan, Kementerian akan meneruskan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (HRP) 2022 yang akan berkuatkuasa pada 26 April sehingga 6 Mei 2022 iaitu tujuh (7) hari sebelum, semasa dan tiga (3) hari selepas perayaan.

Sebanyak 22 jenis barangan akan ditetapkan harga maksimum semasa pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (HRP) 2022 yang melibatkan kategori hasil laut, barangan kering, sayuran dan daging.

Jumlah barangan harga terkawal bagi pelaksanaan Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam serta Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (HRP) 2022 adalah melibatkan 28 jenis barangan daripada kategori ayam, telur ayam, sayur, barangan kering, sayuran dan daging.

Senarai harga barangan harga terkawal bagi SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN (HRP) 2022 adalah seperti berikut:

i. Daging lembu tempatan (kecuali bahagian batang pinang)
ii. Daging lembu import (*Harga maksimum di Sarawak sahaja)
iii. Daging kerbau import (*Harga maksimum di Semenanjung, Sabah dan WP Labuan sahaja)
iv. Ikan kembung termasuk ikan mabung (berat antara 8 ekor hingga 12 ekor setiap kilogram)
v. Ikan selayang (berat antara 8 ekor hingga 12 ekor setiap kilogram)
vi. Ikan aya/tongkol (berat antara 1 ekor hingga 2 ekor setiap kilogram)
vii. Ikan Demudok/ Sagai/ Cermin/ Cupak (Sabah sahaja)
viii. Tomato
ix. Cili Merah
x. Kubis Bulat Import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing)
xi. Kacang Panjang
xii. Terung Panjang
xiii. Timun
xiv. Halia Tua Import
xv. Bawang Merah Besar Import
xvi. Bawang Besar Holland
xvii. Bawang putih (China)
xviii. Ubi Kentang Import (China)
xix. Cili Kering
xx. Kacang Tanah
xxi. Kelapa Biji (Borong sahaja)
xxii. Kelapa Parut (Runcit sahaja)

Gambar hiasan. (Kredit: Bernama)

Senarai harga barangan harga terkawal bagi penentuan harga ayam dan telur ayam adalah seperti berikut:

i. Ayam hidup
ii. Ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana
bahagiannya)
iii. Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal)
iv. Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji)
v. Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji)
vi. Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji)

Penentuan harga barangan bagi negeri-negeri dibuat mengikut kesesuaian harga pasaran semasa dan mengambil kira faktor perubahan harga, khususnya bagi barangan import yang dipengaruhi oleh harga daripada Negara asal, perubahan kadar tukaran mata wang dan peningkatan kos utiliti penternak.

Pihak KPDNHEP menentukan harga maksimum pengeluar, borong dan runcit berdasarkan kepada maklumat harga yang dikenalpasti daripada punca-punca berikut:

i. Pemantauan harga di semua daerah di seluruh Negara sepanjang tahun 2021 dan pada bulan Januari hingga April 2022 berdasarkan kepada pungutan harga yang ditetapkan secara mingguan oleh KPDNHEP;
ii. Pandangan pelbagai agensi Kerajaan yang berkaitan iaitu Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), Jabatan Perikanan (DOF), Lembaga Perikanan Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) ; dan
iii. perbincangan dengan pengeluar, pengimport, pembekal dan pemborong barangan tersebut

Anggota Penguat Kuasa KPDNHEP akan berada di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai membeli-belah seperti pasar awam, pasar tani dan pasaraya untuk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan setiap hari bagi memastikan pematuhan oleh peniaga sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan bekerjasama membuat pemantauan untuk memastikan bekalan barangan adalah mencukupi dan memastikan harga dipasaran adalah berpatutan dan seterusnya memastikan keberadaan bekalan di pasaran.

Adalah diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah Skim ini. Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti seperti berikut:

(i) Kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum:

(a) Individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000; dan
(b) Syarikat; boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000;

(ii) kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal:

(a) individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000; dan
(b) syarikat; boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000.

Sekiranya pengguna mempunyai maklumat berkenaan salah laku peniaga berhubung perkara ini boleh melaporkan kepada pihak KPDNHEP melalui saluran berikut:

i. WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000
ii. Portal Aduan; e-aduan.kpdnhep.gov.my
iii. Call Centre 1-800-886-800
iv. Emel [email protected]
v. Ez ADU KPDNHEP

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.