Siakap Keli

‘Unboxing’ Samsung A33 5G, ‘Smartphone’ Kelas Pertengahan Terhebat 2022 Setakat Ini

Samsung Galaxy A33 5G merupakan salah satu telefon pintar 5G terawal di Malaysia, sekaligus menjadikan ianya peranti kelas pertengahan terhebat 2022 setakat ini.

Baru-baru ini kami berkesempatan membuat ‘unboxing’ telefon pintar tersebut. Ternyata, peranti kelas pertengahan ini menawarkan prestasi keseluruhan yang mengagumkan pada harga berpatutan, RM1,499.

Tanpa membuang masa, jom kita tengok ciri-ciri ditawarkan peranti ini.

Tersusun rapi di dalam kotak ialah Samsung Galaxy A33 bersama kabel type C ke type C, tanpa kepala pengecas. Turut disertakan ialah sim ejector pin dan buku manual pengguna.

Meneliti bahagian hadapan, peranti ini dihadirkan dengan skrin 6.4 inci AMOLED gorilla glass 5, jadi anda tak perlu lagi risau skrin mudah tercalar. Kemasan plastik matte pada sisi dan belakang telefon pintar ini pula membangkitkan impak mewah pada pengguna.

Kredit: Ayo Semarang

Dilengkapi kamera kuad

Samsung Galaxy A33 ini dilengkapi kamera depan 13MP dengan rekaan ‘water drop’ dan empat kamera ‘boba’ pada bahagian belakang dengan 48MP kamera utama, 8MP ultra wide, 5MP lensa makro dan 2MP sensor kedalaman. Kamera dengan ciri Optical Image Stabilization (OIS) ini membolehkan peranti ini merekod segala butiran halus dalam gambar atau video yang diambil walaupun kekurangan cahaya.

Didatangkan dengan ketebalan 8.1mm dan bersaiz 159.7 x 74 mm, ia cukup selesa untuk dipegang dan tidak terlalu berat. Sesuai untuk pencinta game.

Bagi kategori pertengahan, Samsung Galaxy A33 5G ini mempunyai prestasi yang cemerlang, terima kasih kepada chipset berprestasi tinggi Exynos 1280. Berikut ialah perincian Exynos 1280 pada peranti ini,

Kelajuan CPU: 2 x 2.4GHz & 4 x 2GHz;
Kelajuan GPU: 1000MHz;
Kelajuan RAM: 2750MHz;
Memori: 6/128GB, 8/128GB, 8/256GB

Bagi anda yang gemar bermain game, Samsung Galaxy A33 5G ini menjanjikan pengalaman yang tidak mengecewakan. Dengan kadar segar semula skrin 90Hz, menjadikan paparannya licin ketika anda menonton video atau bermain game.

Malah, peranti ini juga sesuai dibawa ketika anda ingin beriadah melibatkan aktiviti air yang tidak terlalu dalam kerana ia dilengkapi ciri kalis air IP67 dan habuk. Anda boleh menggunakannya untuk mengambil gambar di bawah air pada kedalaman 1 meter maksimum selama 30 minit.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh baca di sini.

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.