Siakap Keli
buli sibu
Gambar via Facebook

Video Buli Pelajar Asrama Sekolah Sibu Tular, Polis Kenal Pasti Suspek Dan Mangsa Terlibat

SIBU – Baru-baru ini, tular satu video pendek kejadian buli di salah sebuah asrama sekolah di Sibu.

Video berkenaan mula tular di laman Facebook semalam (20 April 2022) dan sempat mendapat perhatian warganet.

Dalam video berdurasi 23 saat itu, dapat dilihat beberapa individu sedang membuli seorang lelaki yang dikenalpasti pihak polis merupakan pelajar sekolah berkenaan.

Suspek turut dilihat mengacukan penumbuk ke arah muka mangsa dan cuba membuka seluar mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili, pihak polis telah pun menerima sebuah laporan berkaitan kejadian buli di sekolah tersebut.

“Sehingga kini, pihak polis telah mengenalpasti mangsa dalam kejadian tersebut, termasuk suspek yang terlibat.

“Siasatan telah dijalankan mengikut peruntukan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber: PDRM

Eyla Azri