Siakap Keli

Wajib Bayar Zakat Bagi Pengeluaran Khas KWSP Di Pulau Pinang, Tetapi Bergantung Kepada 3 Situasi Ini

Zakat sebanyak RM250 wajib dikeluarkan bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membuat Pengeluaran Khas sebanyak RM10,000.

Perkara itu disahkan oleh Zakat Pulau Pinang di laman Facebook rasminya. Bagaimanapun, ianya hanya dikenakan kepada pengeluaran khas KWSP yang dibuat di negeri itu sahaja.

Jelasnya, wang caruman KWSP yang dikeluarkan oleh pencarum adalah dikategorikan sebagai al-maal al-mustafad.

“Al-maal al-mustafad bermaksud apa-apa pendapatan atau harga yang dimiliki dengan cara upah, ganjaran, pemberian, pindahan dan lain-lain pendapatan yang bukan berpunca daripada pulangan simpanan perlaburan atau aktiviti jual beli.”

“Mengikut kiraan, jumlah wang KWSP yang dikeluarkan didarab kepada 2.5 peratus. Sebagai contoh, RM10,000 didarab dengan 2.5 peratus akan menjadi RM250. Maka jumlah yang perlu dibayar sebagai zakat adalah RM250,” ujarnya.

Tiga situasi bayaran zakat bagi Pengeluaran Khas KWSP

Bagaimana pun, terdapat tiga situasi bayaran zakat bagi Pengeluaran Khas KWSP iaitu situasi pertama adalah serta-merta.

Situasi ini diwajibkan membayar zakat serta-merta sekiranya pendapatan tahun seorang pencarum KWSP telah melebihi nisab tahun pertama.

Bagi stuasi kedua pula adalah cukup haul. Ini bermakna, seseorang itu perlu menunggu sehingga akhir tahun (haul) kerana yakin pendapatan tahunan mencapai nisab setelah wang pengeluaran KWSP ini digabungkan.

Manakala, bagi situasi ketiga adalah tidak wajib zakat. Bagi situasi ini, seseorang pencarum KWSP tidak mempunyai sebarang pendapatan dan pengeluaran bertujuan memenuhi keperluan asasi diri dan keluarga.

Terdahulu, pengumuman kerajaan membenarkan Pengeluaran Khas KWSP disambut baik orang ramai setelah tarikh pembayaran secara berperingkat diawalkan sebelum tarikh pengeluaran sebenar.

BACA: Mesir Arah Restoran Terkenal Ditutup Kerana Enggan Layan & Tak Benarkan Pelanggan Bukan Islam Makan Sebelum Waktu Berbuka

Sumber: Zakat Pulau Pinang

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.