Siakap Keli
nia ramadhani bebas dadah
Gambar: TribunSaleb

Nia Ramadhani, Suami Kini Bebas Dari Dadah

Pelakon terkenal Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie kini bebas sepenuhnya daripada pengaruh dadah, lapor TribuneSaleb.

Menurut peguam kes, Wa Ode, mereka berdua akhirnya dibenarkan keluar dari pusat pemulihan pada 28 Mac baru-baru ini.

Malah difahamkan, Nia dan Ardi dilapor sudah ‘bersih’ sepenuhnya daripada bahan terlarang tersebut sejak Disember tahun lepas lagi.

“Kerana tujuan saya adalah untuk kembali sihat secara fizikal, rohani dan boleh kembali semula kepada masyarakat,” ujar Nia baru-baru ini, memetik TribunSaleb.

Difahamkan, Nia dan Ardi banyak didedahkan dengan pelbagai pendedahan kesedaran mengenai bahaya dadah daripada pelbagai aspek semasa dalam proses pemulihan.

Selain itu, bulan Ramadan yang dijalani kini seakan-akan memberi makna kerana mereka berpeluang dapat berkumpul dengan anak-anak menjalani ibadah bersama-sama.

Dalam pada itu, jelas peguam lagi, mereka berdua kini sedang berada di satu lokasi yang agak privasi (jauh dari pengetahuan umum) selepas bebas dari pusat pemulihan tersebut.

Imbas kembali, Nia dan suaminya didakwa di Mahkamah Daerah, Jakarta pada 30 Disember tahun lalu atas kesalahan mengamalkan dadah jenis syabu.

Disebabkan kesalahan itu, mereka berdua dijatuhi hukuman penjara sebanyak satu tahun oleh hakim ketika itu.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi DKI Jakarta memutuskan untuk meringankan hukuman yang dikenakan dari satu tahun penjara ke lapan bulan sahaja.

Nia Ramadhani atau nama sebenarnya Prianti Nur Ramadhani pernah mencetus fenomena setelah memegang watak antagonis dalam drama bersiri terkenal, Bawang Merah Bawang Putih (2004).

Gambar: TribunSaleb

Sumber: TribunSeleb

 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.