Siakap Keli
banjir kilat
Gambar Via ITIS DBKL

Trafik Sesak, Beberapa Kawasan Di KL Dilanda Banjir Kilat

Satu kejadian banjir kilat dilaporkan telah berlaku di sekitar Kuala Lumpur susulan hujan lebat yang melanda pada petang ini.

Menerusi perkongsian Pusat Pengurusan Pengangkutan Bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), trafik di beberapa jalan utama di Kuala Lumpur dilihat sesak.

Antara jalan yang terjejas seperti yang dapat dilihat di dalam akaun Twitter tersebut iaitu Jalan Semantan, Jalan Parlimen, Jalan Kuching dan Jalan Changkat Thambi Dollah.

Orang ramai yang berada di kawasan sekitar dinasihatkan supaya berhati-hati bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini.

 

 

 

 

 

 

Susulan banjir kilat itu, DBKL juga menasihati warga kota untuk berhati-hati di jalan raya.

Sementara itu, Polis Kuala Lumpur menerusi Facebook sebentar tadi memaklumkan bahawa siren amaran telah dibunyikan di Sungai Tiba, Segambut Dalam sebentar tadi susulan air yang semakin melimpah.

Malah, aras Sungai Gombak di Jalan Tun Razak dan Jalan Batu Bata juga berada dalam paras bahaya.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri termasuk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Cuaca buruk itu dijangka akan melanda negeri tersebut sehingga jam 7 malam ini.

Sumber: ITIS DBKL

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.