Siakap Keli

Tular Video Jemaah Meninggal Dunia Ketika Tunai Solat Jumaat

Baru-baru ini tular satu video di media sosial yang memaparkan detik-detik seorang lelaki meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat.

Memetik laporan portal Radar Tegal, lelaki yang dianggarkan berusia dalam lingkungan 50 tahun itu sedang bersujud sebelum rebah dan tidak sedarkan diri.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Masjid Al-Muhajidin, Petukangan Utara, Jakarta Selatan, Indonesia pada 22 April lalu.

Menerusi video itu, suasana di dalam masjid pada awalnya dilihat berada dalam keadaan biasa. Ada beberapa jemaah yang sedang duduk dan ada juga beberapa jemaah lain dilihat sedang menunaikan solat.

Menurut laporan, mereka dipercayai sedang melaksanakan ibadah Solat Jumaat.

Ketika itu, arwah yang memakai baju berwarna coklat juga dilihat sedang bersolat seperti biasa.

Bagaimanapun, ketika dia hendak bersujud, dia tiba-tiba rebah di atas lantai.

Kejadian itu membuatkan jemaah lain di sekelilingnya panik dan mereka segera menghampiri arwah untuk membantu.

“Seorang lelaki yang dirakam menerusi CCTV meninggal dunia ketika sedang bersolat di masjid,” tulis seorang pengguna media sosial.

Rata-rata pengguna media sosial sebak melihat video tersebut dan mendoakan agar lelaki itu ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Tidak kurang juga, ada yang ‘cemburu’ dengan pengakhiran lelaki itu yang dikatakan Husnul Khatimah.

“Hari Jumaat bulan ramadan saat sedang bersolat, InsyaAllah Husnul Khatimah, sungguh membuatkan saya cemburu,” kata salah seorang netizen.

Video tersebut lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 80 ribu kali.

Sumber: Radar Tegal

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.