Siakap Keli
daftar akaun kwsp simpanan syariah
Kredit: Majalah Libur via Google/FB Dr. Zaharuddin

Dr. Zaharuddin Kongsi Cara Daftar Akaun KWSP Simpanan Syariah Untuk Anak Berusia 15 tahun

Pakar kewangan Islam, Dr. Zaharuddin Abdul Rahman kongsi cara daftar akaun KWSP simpanan syariah untuk anak-anak yang berusia 15 tahun.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan skim yang dilaksanakan oleh kerajaan. Umumnya skim ini adalah pelan jangka masa panjang kita iaitu hasil potongan gaji yang akan disimpan terus ke akaun KWSP.

Wang ini akan disimpan untuk kegunaan akan datang setelah kita sudah pencen. Dengan pelbagai faedah yang ditawarkan oleh kerajaan terhadap rakyat, ia pasti mampu merancang sistem kewangan dengan lebih baik.

Sementara itu, kebiasaannya kita mendengar akaun KWSP ini hanyalah untuk orang yang bekerja sahaja. Namun mungkin ramai tidak tahu,  sebenarnya ibu bapa juga boleh mendaftarkan akaun KWSP untuk anak-anak mereka seawal usia 15 tahun.

Sebagai ibu bapa, kita perlulah bijak dalam menguruskan kewangan mereka untuk masa depan lebih baik. Rentetan itu, pakar kewangan Islam, Dr. Zaharuddin Abdul Rahman hari ini berkongsi cara mendaftar akaun KWSP untuk anak-anak.

Perkongsian tersebut dikongsikan beliau menerusi satu kenyataan di laman Facebook miliknya sebentar tadi. Oleh itu, mari ikuti perkongsian tersebut di bawah ini, semoga ia bermanfaat dan menjadi rujukan buat ibu bapa di luar sana.

Dr Zaharuddin Kongsi Cara Daftar Akaun KWSP Simpanan Syariah Untuk Anak

Gambar: FB Dr. Zaharuddin

DAFTARKAN AKAUN KWSP UNTUK ANAK BERUSIA 15 TAHUN

Saya agak ketinggalan ‘bas’ kerana baru tahu yang individu berusia 14 tahun ke atas sudah boleh mendaftar akaun KWSP Simpanan Shariah untuk tujuan simpanan jangka panjang dan TIDAK perlu tunggu apabila mula bekerja.

Malah jika buka sekarang, kerajaan ada insentif tambahan RM 250 (maksimum setahun), sebagai contoh kalau saya carumkan wang RM2000 sebagai contoh, kerajaan akan tambah RM 250 selaku galakkan, di bawah insentif skim i-Saraan.

Saya juga telah mencadangkan agar KWSP turut memberi ruang kepada individu yang berusia di bawah 14 tahun.

Maka hari ini, saya sempat bawa anak perempuan saya berusia 15 tahun mendaftar sebagai ahli KWSP.

Pendaftaran pula boleh dibuat di kios KWSP sahaja, tidak perlu ke kaunter.

Jika anda ingin daftarkan anak anda, begini caranya.

Pertama, daftar sebagai ahli KWSP (perlukan IC anak dan cap jarinya) di kiosk di mana-mana cawangan.

Setelah siap, beritahu kepada pegawai KWSP untuk buka i-akaun dan beralih ke simpanan syariah terus. 

Biasanya ada pegawai tolong buatkan terus di komputer di sana. Setelah i-akaun siap, pegawai akan bantu mendaftarkannya ke akaun Simpanan Syariah. 

Setelah siap, beritahu pegawai, nak daftar caruman i-Saraan (caruman sukarela https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan) pula, mereka akan bantu terus juga.

Disamping dapat menyimpan pada usia muda dan dapat dividen patuh Syariah setiap tahun, kerajaan juga telah memperuntukkan insentif sebanyak 15 peratus (jumlah insentif maksimum RM250 setahun).

Bayaran caruman i-Saraan secara online secara asing di rumah memlaui online banking saya, nanti pegawai akan berikan kertas panduan untuk transfer wang ke akaun terbabit.

Sebagai ahli KWSP juga akan mendapat manfaat kematian RM2500.

Dengan melihat kepada dividen KWSP simpanan Syariah, berbanding perbankan Islam dan lain-lain simpanan, kelihatan lebih berbaloi menyimpan di KWSP simpanan Syariah di waktu ini.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

#KumpulanWangSimpananPekerja #KWSP #SimpananShariah #iSaraan

Sumber: Facebook Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.