Siakap Keli
diganggu makhluk halus
Gambar: TikTok @asnawihamdan

Diganggu Makhlus Halus Atas Kapal, Abang Ni ‘Selamba’ Layan, “Kau Nak Apa Abdul Rahman…”

Diganggu makhluk halus bukanlah perkara asing dalam kehidupan orang kita umumnya. Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Sejak dahulu lagi kita memang sudah terbiasa dengan pelbagai kejadian mistik.

Biasanya sekitar pukul tiga pagi, mungkin ramai yang sudah tidur dengan nyenyak. Tapi lain pula bagi seorang individu ini, dia pula perlu bersengkang mata untuk menjalankan tugas hakikinya dipercayai sebagai jurutera marin.

Individu tersebut yang menggunakan nama Asnawi Hamdan berkongsi satu rakaman video misteri yang berlaku semasa dia bertugas di atas kapal baru-baru ini. Difahamkan, kejadian misteri tersebut didakwa berlaku sekitar 3 pagi.

Berdasarkan rakaman tersebut, Asnawi ketika itu sedang melakukan kerjanya. Bagaimanapun dalam satu sudut di ruang kapal tersebut, kelihatan sebuah kerusi dipercayai berpusing ke kiri dan ke kanan seakan-akan dikawal oleh sesuatu.

Membaca saja cerita orang mungkin tidak berapa seram, bukan? Maka dengan itu, mari kita saksikan sendiri rakaman detik-detik seram yang dialami Asnawi di bawah ini.

@asnawihamdan

Reply to @mohdhanif5110 kalau dicari mungkin boleh jumpa #marineengineer #engineteam #malaysianseafarer #rolling #badweather

♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound

Merujuk video tersebut, pada asalnya dia menerima soalan daripada seorang warganet yang berbunyi, “Bang, atas kapal ada hantu tak?”

Bagi menjawab persoalan tersebut, Asnawi terus merakam kejadian misteri yang berlaku di depan matanya sendiri ketika itu. Sungguh hairan dan menyeramkan, kerusi itu bergerak perlahan seperti dimain-mainkan.

Namun apa yang menariknya, dia menggelarkan makhluk misteri yang dipercayai bermain kerusi itu dengan panggilan ‘Abdul Rahman’.

“Kau nak apa Abdul Rahman..aku tengah buat kerja sekarang ni..” katanya dalam rakaman tersebut.

Video yang dimuat naik kira-kira dua hari lepas itu tular di media sosial dan telah ditonton lebih 325,000 kali tontonan setakat artikel ini ditulis. Malah ia juga turut meraih pelbagai reaksi warganet di ruangan komentar.

“Kalau macam tu ada kemungkinan route kapal tu lalu kat kawasan dia. Memang laut tempat dia paling banyak berdasarkan Quran dan hadith,” ujar pengguna TikTok bernama In’1.

“Hati kena kental bro. Atas kapal mana mahu lari, sekeliling air,” kata seorang lagi pengguna TikTok.

Gambar: TikTok @asnawihamdan

Sementara itu, ada juga warganet yang mendakwa nama ‘Abdul Rahman’ itu sama dengan nama datuknya, malah kebetulan kerja pun sama di kapal juga.

“Abdul Rahman sama nama dengan nama datuk saya. Dia kerja kapal juga dulu. Tapi dah takda dah orangnya. Entah-entah dia haha (yang hantu tu),” katana Thebunganani.

“Tengah-tengah laut memang tempat dia,” ujar seorang lagi pengguna TikTok, Atee.

Bagaimanapun ada juga yang mendakwa, kerusi tersebut bergerak adalah disebab oleh pukulan ombak yang kuat menghentam badan kapal.

Gambar: TikTok @asnawihamdan

Sumber: TikTok @asnawihamdan

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?