Siakap Keli
Instagram: @memomedsos

Ramai-Ramai Kerumun Pergi Tengok, Sosok Misteri Gemparkan Penduduk

Tular di media sosial satu rakaman yang menunjukkan penampakan sosok makhluk misteri di salah sebuah rumah kedai di Samarinda. Video tersebut dikongsi dan dimuat naik oleh beberapa akaun media sosial di Kalimantan Timur.

Video tersebut dirakam oleh seorang lelaki yang dilaporkan sedang berjalan di hadapan bangunan tersebut sambil bersalaman dengan seorang lagi rakan lelakinya.

Ja, hiiiihh. Lompat dia Ja. Allah Akbar,” ujarnya ketakutan.

Beberapa video lain juga turut tular di media sosial. Menerusi salah satu rakaman video, dilihat beberapa orang penduduk kelihatan berdiri di hadapan pagar bangunan itu untuk menentukan sama ada figura yang mereka rakamkan itu adalah makhluk misteri yang disyaki Kuntilanak.

Om hantu om, hantu“, kata seorang lagi lelaki dengan rakaman lain yang dimuat naik oleh akaun @memomedsos.

Berdasarkan maklumat, video tersebut telah dirakam pada Rabu (15 Mac 2022) malam. Disebabkan sebelum ini tular di akaun media sosial tempatan, penduduk Samarinda yang berada di sekitar rumah kedai lama itu segera pergi ke tempat tersebut.

Seorang lelaki yang disyaki sebagai sukarelawan turut melaporkan kejadian serupa. Katanya beberapa penduduk sudah pun berkerumun untuk mengesahkan hal itu.

“Penduduk semakin ramai di sekitar bangunan penampakan hantu. Di kawasan Jalan Gatot Subroto atau lebih tepatnya di bangunan lama. Ramai yang datang ke sini, lapor terus daripada saya”, sambungnya.

Admin akaun @memomedsos juga memberikan maklum balas, Beliau mengesahkan kejadian berlaku pada waktu malam di Jalan Gatot Subroto, Samarinda.

“Pada tengah malam, penduduk sekitar kawasan JL, Gatoto Subroto, Samarinda, Kalimantan Timur dikejutkan dengan penampakan misteri di tingkat 2 salah sebuah bangunan di kawasan itu. Tidak diketahui secara pasti berhubung penampakan itu”, terangnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by memomedsos (@memomedsos)

Respon warganet

Warganet yang melihat video yang dimuat naik itu lantas memberikan banyak respon. Ramai daripada mereka memberikan kenyataan melucukan tentang penampakan itu .

Setan telah diserbu“, katanya.

Dia tidak suka orang ramai“, katanya bergurau.

Selagi dia tidak terbang secara tiba-tiba, itu bermakna orang sedang bergurau,” katanya.

Hanya di Indonesia, orang nampak hantu bukannya lari, dilawati dan dirakam. Supaya boleh muat naik dulu, hmmm“, katanya.

BACA JUGA: (Video) Seram, Rakaman Penampakan ‘Bayangan Putih Misteri’ Seakan ‘Pocong’ Terakam CCTV

Sumber: Suara.com

Aireena Marizan