Siakap Keli
Johnny Depp
Gambar via Independent UK

Johnny Depp Ucap Selamat Tinggal Kepada Watak ‘Jack Sparrow’

Selebriti terkenal, Johnny Depp pada Isnin lalu memberi keterangan bahawa dia mahu membuat penggambaran sekali lagi dalam filem Pirates of the Carribean untuk berikan ucapan ‘selamat tinggal’ sewajarnya kepada Jack Sparrow dan watak-watak lain.

Pada hari keempat perbicaraannya di Mahkamah Fairfax County, Virginia, dia memaklumkan kepada mahkamah bahawa dirinya akan kembali untuk melakukan penggambaran filem Pirates keenam.

“Perasaan saya ketika ini ialah sepatutnya watak-watak dalam filem tersebut perlu diberikan ucapan ‘selamat tinggal’ dari saya yang sewajarnya.

“Francais sudah bertahan terlalu lama dan ada cara untuk tamatkannya dan watak-watak juga harus ada jalan keluar yang baik.

“Saya bercadang untuk teruskan hingga tiba masanya ia perlu berhenti,” ujarnya, lapor Independent UK.

Difahamkan, Johnny Depp kembali semula pada tahun 2018 setelah digugurkan sebelum itu.

“Watak Jack Sparrow saya jayakan dari bawah dan merupakan sesuatu yang paling banyak saya letakkan diri saya dalam watak tersebut.

“Saya juga bekerja dengan orang-orang (produksi) dan saya letakkan penulisan semula, dialog, babak dan jenaka saya sendiri.

“Pada awalnya, saya tidak begitu faham bagaimana caranya atau ‘flow’ untuk sesuaikan diri, namun setelah lama bersama dengan team, saya mula boleh sesuaikan diri,” jelasnya, lapor Independent UK. 

Menurut Independent UK, Depp pertama kali memegang watak sebagai Kapten Jack Sparrow dalam Pirates of the Caribbean: The Curse of The Black Pearl pada tahun 2003.

Di samping itu, pelakon itu juga pernah memainkan peranannya sebagai pelakon dengan membintangi filem sekuel Dead Man’s Chest, At World’s End, On Stranger Tides dan juga Dead Men Tell No Tales.

Sebelum ini, ketika perbicaraan dijalankan, peguam Heard mengajukan soalan kepada Depp berkaitan artikel yang diterbitkan oleh Daily Mail sebelum ‘op-ednya‘ yang mendakwa pelakon ini telah digugurkan sebagai Jack Sparrow kerana isu kewangan dan drama pribadi.

“Saya tidak sedar berkaitan isu tersebut, tapi saya langsung tidak terkejut.

“Dua tahun telah berlalu dan menjadi ‘buah mulut’ orang di seluruh dunia bahawa saya telah memukul isteri. Jadi saya percaya Disney lakukan hal itu untuk selamatkan syarikat mereka,” jelasnya lagi, memetik Independent UK. 

Buat masa ini, pelakon tersebut sedang berada dalam perbicaraan di mahkamah atas saman berkaitan isterinya, Amber Heard yang telah diceraikan pada tahun 2016 atas tuduhan ‘op-ed’.

Namun, bekas isterinya itu juga mendakwa Johny Deep atas tuduhan mendera.

Memetik Independent UK, dia juga menuntut ganti rugi terhadap salah satu media berita sebanyak RM200 juta kerana mendakwa telah memberikan kesan kepada kerjayanya di Hollywood.

Imbas kembali, pada tahun 2016 lalu, dia menfailkan penceraian dan salah seorang hakim mengeluarkan perintah sekatan kepada Heard terhadap Depp atas dakwaan keganasan rumah tangga.

Malangnya, peguam Depp menafikan dakwaan tersebut dan mendakwa bahawa Heard cuba untuk menyelesaikan masalah kewangan pramatang dengan mendakwa dia menyalahgunakan wang.

Akhirnya, kedua-dua pasangan itu selesaikan masalah penceraian mereka di luar mahkamah ketika itu.

Untuk makluman, perbicaraan antara mereka masih berjalan sehingga kini.

Sumber: Independent UK

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.