Siakap Keli

Wanita ‘Kahwini’ Hantu Lanun Jack Sparrow Isytihar Mereka Bakal Berpisah

Seorang wanita yang mendakwa dirinya sama seperti karakter  Jack Sparrow dan menikahi semangat roh lanun itu mendakwa hubungan mereka kini bakal berakhir tidak lama lagi.

Amanda ‘Sparrow’ Large, 46, telah berkahwin dengan hantu lanun yang dikatakan berusia 300 tahun dari laut Hatian pada Januari lalu mengumumkan untuk berpisah dengan ‘suaminya’ itu melalui status yang ditulis di media sosialnya.

Menurut laporan The Mirror, Amanda turut menyatakan di laman sosialnya bahawa keputusan yang dibuatnya itu bakal dijelaskan secara keseluruhan pada masa akan datang berikutan dia perlu berhati-hati dalam berurusan dengan semangat ghaib.

“Saya akan menerangkan semuanya dengan lebih lanjut pada masa akan datang kerana buat masa ini saya perlu berhati-hati dengan roh ini, ianya bukan sesuatu yang boleh dipermainkan.

Terdahulu, pasangan luar biasa ini dikahwinan di atas sebuah bot yang berlayar dari perairan Irish ke  perairan antarabangsa bagi membolehkan pernikahan ini dianggap sah.

Amanda yang menggelar dirinya peminat setia kapten Jack juga telah membelanjakan sejumlah wang untuk mengubah nama dan penampilannya itu untuk terlihat seperti idola yang juga merangkap ‘suaminya’ itu.

Sumber: The Mirror

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar