Siakap Keli
tangki air
Gambar Via Daily Mail

Kehilangan Misteri Gadis 18 Tahun Terjawab, Ditemui Tidak Bernyawa Dalam Tangki Air Motel

Mexico – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang telah ditemui maut di dalam tangki air berhampiran sebuah motel, lapor Daily Mail.

Mangsa, 18, dilihat berjalan masuk seorang diri ke Nueva Castilla Motel di Escobedo pada pagi 9 April sebelum ditemui tidak bernyawa di dalam tangki air di motel itu.

“Pendakwa raya dan pasukannya telah menunjukkan kepada kami satu siri bukti terutamanya beberapa video yang memaparkan mangsa memasuki motel itu seorang diri,” kata Gabenor Nuevo León, Samuel Garcia.

Kes misteri itu menarik perhatian ramai dan ibu bapa kepada mangsa berharap agar pembunuh dapat ditangkap dengan segera.

“Sukar untuk saya dan isteri menerima semua ini tetapi entah bagaimana kami merasa tenang kerana akhirnya dapat menemuinya dan mengebumikannya.

“Kami boleh meletakkan jambangan bunga di pusaranya dan meratapinya,” kata bapa mangsa.

Difahamkan, mangsa telah menghilangkan diri selepas pergi ke parti bersama dua rakannya di Escobedo pada 8 April.

Gambar ‘misteri’ mangsa telah dirakam oleh pemandu rideshare pada pagi 9 April sebelum dia hilang.

Selepas hampir dua minggu pencarian tanpa henti yang meluas sehingga  ke negeri lain dilakukan, mayatnya telah ditemui pada Khamis minggu lalu dalam tangki air yang tidak lagi digunakan selepas pekerja motel melaporkan bau busuk.

Pendakwa raya, Gustavo Guerrero berkata kematian mangsa berpunca daripada lebam pada tengkorak. Bagaimanapun, bagaimana mangsa mengalami luka di dalam tangki itu masih belum diketahui.

Menurut laporan, mangsa telah bertengkar dengan salah seorang rakannya di bar dan individu tersebut menghubungi pemandu aplikasi rideshare untuk menghantar mangsa ke rumah.

Sementara itu, mangsa telah selamat dikebumikan pada Sabtu lalu dalam upacara yang penuh sayu.

Bapanya berkata dia bagaikan rasa ‘terpukul’ di atas kematian anak perempuannya itu.

“Kami betul-betul terluka, sebelum ini kami masih berharap agar dia masih lagi hidup tetapi sebaliknya berlaku,” katanya.

Sumber: Daily Mail

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.