Siakap Keli
Gambar: Bernama

Cerapan Rasmi Hilal Syawal Akan Dilaksanakan Petang Ini – Mufti Wilayah Persekutuan

Pasti ramai rakyat Malaysia yang sedang tertanya-tanya tentang tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada tanggal berapa.

Perkara itu pastinya bermain di minda selepas beberapa negara Eropah serta Arab telah mengumumkan pada baru-baru ini bahawa mereka akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tanggal 2 Mei iaitu pada hari Isnin.

Sehubungan dengan itu, bagi rakyat Malaysia yang ingin mengetahui tarikh negara akan menyambut Hari Raya, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan mengadakan cerapan rasmi pada hari ini.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang cara dan proses cerapan dilakukan, ikuti muat naik terbarunya di akaun Facebook rasmi Mufti seperti berikut:

INFO HILAL SYAWAL 1443H/2022M

Untuk Makluman, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan melaksanakan cerapan Rasmi Hilal Syawal 1443H pada petang ini di Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan Tingkat 10, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

InsyaAllah, pengisytiharaan 1 Syawal 1443H akan diumumkan oleh Pejabat Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja pada malam ini.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Aqmal Ezany

I write what is right