England dan Perancis dilaporkan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Isnin ini.
Perkara tersebut diumumkan menerusi muat naik di Facebook rasmi Suruhanjaya Tinggi Malaysia London dan Kedutaan Besar Malaysia Paris.
Kenyataan tersebut menyatakan bahawa tarikh 1 Syawal dan Aidilfitri telah ditetapkan pada 2 Mei 2022, iaitu Isnin ini.
“1 Syawal 1443H dan Aidilfitri telah ditetapkan pada 2 Mei 2022, Isnin. Selaras dengan pemakluman oleh London Central Mosque. Selamat Hari Raya “.
“Sukacita dimaklumkan bahawa 1 Syawal 1443H/2022 telah ditetapkan pada 2 Mei 2022 (Isnin) selaras dengan pemakluman oleh The Muslim Theological Council of France”.
Sumber: Facebook