Siakap Keli
cincin melekat pada kemaluan
Gambar: Bomba via Sinar Harian

Cincin Melekat Pada Kemaluan, Lelaki Tahan Sakit Lebih Sejam

Seorang lelaki terpaksa menanggung sakit lebih sejam gara-gara sebentuk cincin melekat pada kemaluan miliknya, lapor Sinar Harian.

Menurut Sinar Harian, cincin tersebut ditanggalkan oleh sepasukan anggota bomba dalam usaha menyelamat di Hospital Ampang pada Ahad semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis memaklumkan, maklumat tragedi ‘memilukan’ tersebut diterima mereka tepat pukul 9:20 malam.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah dikejarkan ke lokasi dan tiba pada jam 9.23 malam.

“Kejadian melibatkan seorang lelaki (warga asing) berumur 26 tahun yang mana cincin melekat pada alat sulit mangsa,” katanya dalam kenyataan, lapor Sinar Harian.

Sejurus kemudian, kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan cincin tersebut dijalankan anggota bomba berkenaan.

“Anggota bomba kemudian berjaya memotong cincin tersebut dan mengeluarkannya menggunakan peralatan khas.

“Mangsa yang dalam keadaan stabil diserahkan kepada pihak Hospital Ampang untuk tindakan lanjut,” tambahnya lagi.

Terpaksa datang ke balai bomba, alami cincin melekat pada kemaluan

Sementara itu, satu lagi kejadian hampir serupa turut pernah berlaku di Indonesia kira-kira dua bulan yang lalu.

Menurut laporan terdahulu, seorang lelaki terpaksa ‘tebal muka’ datang ke Balai Bomba Blitar, Jawa Timur untuk meminta tolong mengeluarkan cincin yang ditindik di bawah kemaluannya.

Lelaki malang dari Desa Kedungbunder, wilayah Sutojayan itu difahamkan telah datang ke balai bomba berkenaan dengan penuh rasa malu.

Ketua Balai Bomba Blitar, Andi Putra Sagita berkata, lelaki itu meminta bantuan pihaknya selepas gagal menanggalkan cincin yang ditindik pada bawah kemaluannya.

Difahamkan, pada awalnya lelaki tersebut cuba menanggalkan sendiri cincin bertindik berdiameter kira-kira 2.5 sentimeter itu, bagaimanapun usahanya gagal.

“Dia datang ke sini seorang diri. Dan sudah tentu pada mulanya dia malu untuk mendedahkan masalahnya.

“Prosesnya berjalan lancar. Kira-kira 10 minit,” katanya.

Jelas Andi, cincin logam yang mencengkam ‘kawasan jantan’ itu seolah-olah melekat pada kulit di bawah kemaluan.

Difahamkan, prosedur menanggalkan cincin tindik berkenaan hampir sama dengan menanggalkan cincin di jari yang selalunya dikendalikan anggota bomba.

Bagaimanapun, disebabkan ia terletak di bahagian organ yang penting, prosedur penanggalan tersebut terpaksa dilakukan dengan lebih berhati-hati.

Sumber: Sinar Harian

Faiz Mustafa