Siakap Keli
gaji pemain manchester united dipotong
Gambar: Daily Mail UK

Gagal Layak Ke Liga Juara-Juara Eropah, Gaji Pemain Man United Dipotong

Kegagalan gergasi Eropah, Manchester United (MU) untuk layak ke Liga Juara-Juara bakal menyaksikan gaji pemain-pemainnya akan dipotong sebanyak 25 peratus, lapor Daily Mail UK.

Angan-angan skuad Red Devils untuk pergi lebih jauh nampaknya musnah selepas kelab itu tewas ‘teruk’ dengan kekalahan memalukan 0-4 kepada Brighton dalam saingan Liga Perdana Inggeris baru-baru ini.

Kekalahan besar tersebut telah membuatkan MU gagal merebut tempat empat teratas di liga EPL, sekaligus mematahkan langkah mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara kelak.

Menurut Daily Mail, pemotongan gaji pemain tersebut adalah satu langkah bagi ‘melindungi’ kelab berkenaan berdasarkan hasil prestasi semasa yang kurang meyakinkan ketika ini.

Difahamkan, disebabkan prestasi semasa, pemain sensasinya dari Portugal, Cristiano Ronaldo turut menerima tempias dan berdepan dengan pengurangan gaji mingguannya.

Dikatakan gaji mingguannya daripada RM2.07 juta seminggu dikurangkan kepada RM1.55 juta sahaja sekiranya dia memilih untuk terus kekal bermain di Old Trafford pada musim depan.

gaji pemain
Gambar: Daily Mail UK

Hal tersebut menyaksikan penyerang berpengalaman berusia 37 tahun itu bakal mengalami pengurangan gaji yang terendah dalam tempoh beberapa tahun.

Sebelum ini Ronaldo telah pun menerima penurunan gaji yang besar sebanyak RM2.69 juta seminggu yang diperolehinya di kelab terdahulu, Juventus semata-mata kepulangan dramatiknya ke Old Trafford awal musim ini.

Selain itu, pemegang gaji kedua tertinggi bagi penjaga gol, David de Gea juga dilapor bakal dipotong daripada RM2.02 juta seminggu kepada RM1.5 juta seminggu.

gaji pemain
Gambar: Daily Mail UK

Difahamkan, pemain boleh berunding untuk jumlah pengurangan yang lebih rendah dan MU juga tidak merahsiakan polisi ini. Perkara ini telah disebut dalam keputusan tahunan mereka.

Walaupun kepulangan Ronaldo dan pembelian Jadon Sancho serta Raphael Varane pernah menjadi ‘bench mark’, namun MU masih lagi bergelut dengan prestasi semasa dan gagal menampilkan aksi yang memberangsangkan.

Menurut Daily Mail, pemain-pemain MU yang tinggal sekarang tahu bahawa gaji yang bakal diterima mereka pada Ogos ini lebih  rendah berbanding sekarang.

Sumber: Daily Mail UK

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?