Siakap Keli
marcus rasford
Gambar: Twitter Marcus Rasford MBE

Pemain Man United, Marcus Rashford Cari Budak Lelaki Nak Beri Jersi Baru

Pemain Manchester United, Marcus Rashford mencari budak lelaki yang menerima jersi miliknya untuk diberikan jersi baharu yang lain.

Menurut Manchester Evening News, pada asalnya Rashford memberikan jersi yang dipakainya kepada seorang budak lelaki di tepi padang selepas perlawanan menentang Arsenal awal pagi tadi.

Namun difahamkan, jersi tersebut dicuri oleh seseorang. Justeru, pemain itu mahu mencari semula budak tersebut untuk memberikannya sehelai jersi lain.

“Ada seseorang mengambil jersi saya daripada tangan seorang budak lelaki selepas saya memberikan kepadanya.

“Boleh ke siapa-siapa tolong saya cari balik budak itu supaya saya boleh bagi yang lain?” katanya dalam kenyataan tersebut.

Bagaimanapun pada tweet yang terbaru, Rashford akhirnya menjumpai semula budak lelaki tersebut dengan menulis kenyataan ringkas, “Saya dah menjumpainya!”

Imbas kembali, Manchester United (MU) bertandang ke Stadium Emirates untuk menentang tuan rumah, Arsenal dalam perlawanan ke-34 Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

Dalam perlawanan itu, Nuno Tavares berjaya membolosi gawang MU dengan gol pertama seawal minit ketiga, sebelum disusuli gol kedua oleh Bukoyo Saka pada minit ke-32 secara penalti.

Tidak perlu menunggu lama, penyerang sensasi MU, Cristiano Ronaldo berjaya meledak gol pertama United pada minit ke-34 sekaligus menjadikan pasukannya mengekori rapat Arsenal dengan 1-2.

Bagaimanapun, kegembiraan MU tidak berpanjangan apabila gawang mereka sekali lagi dibolosi jaringan ketiga Arsenal oleh Granit Haka pada minit ke-70, menjadikan kedudukan berganjak kepada 1-3.

Namun, kedudukan tersebut kekal sehingga wisel penamat ditiupkan, sekaligus membuatkan ‘bekas’ gergasi Eropah itu terpaksa berputih mata sekali lagi setelah tumpas 1-3 kepada Arsenal.

Tidak pasti di mana silapnya, MU kini seakan-akan sedang berdepan dengan kemarau kemenangan yang begitu panjang hingga tidak nampak di mana penghujungnya.

Untuk rekod terkini, MU kini menduduki tempat keenam dalam carta EPL dengan mengumpul 54 mata sepanjang 34 perlawanan.

Sumber: Twitter Marcus Rashford / Manchester Evening News

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?