Siakap Keli
Gambar via Kompas.com

Lelaki Kerah Kudrat, Kayuh Basikal 1,300 Km Balik Kampung Nak Jaga Ayah Uzur

Seorang lelaki sanggup mengerah kudrat pulang ke kampung dengan mengayuh basikal sejauh lebih 1,000 kilometer untuk menjaga ayahnya yang sakit, lapor Kompas.

Lelaki berkenaan, Zulkifli Tanjung, 45 tahun dari Sumatera Barat berulang-alik dari Bukit Tinggi ke Bogor, Sumatera menggunakan basikal semata-mata mencurah bakti kepada ayahnya yang uzur di kampung.

“Saya baru saja sampai dari Bogor, sampai di sini sekitar jam sembilan malam tadi,” kata Zulkifli pada awal pagi semalam (kemarin) ketika ditemui pemberita, lapor Kompas.com.

Semasa ditemui sedang berehat di Dermaga 1 Pelabuhan Bakauheni, lelaki itu sedang mengalami batuk akibat angin laut yang agak kencang yang memberi kesan kepada pernafasannya.

Menurut Kompas.com, dia dalam perjalanan pulang ke Bukit Tinggi ketika itu. Difahamkan, dia mengayuh basikal dan merempuh perjalanan sejauh 1,378 kilometer ke Bogor pada bulan Ramadan yang lalu.

“Saya pulang ke Bogor kerana menjaga ayah yang sakit dan sekarang mahu pulang ke Bukit Tinggi,” katanya lagi, lapor Kompas.com. 

Memetik Kompas.com, dia pulang ke kampung hanya berbekalkan wang sebanyak Rm90 dan dengan wang itu juga dia pulang semula ke Bukit Tinggi.

Basikal yang digunakan adalah jenis Mountain Bike dengan tambahan bakul di bahagian sisi kiri dan kanan untuk meletakkan makanan dan pakaian.

Difahamkan, penternak ikan air tawar tersebut mengaku tidak tergesa-gesa dalam melakukan perjalanan kerana faktor usia yang tidak lagi muda.

Perjalanannya dari Bogor ke Pelabuhan Merak mengambil masa selama tiga hari  bermula sejak Khamis 5 Mei lalu.

“Bawa santai saja, berhenti kalau penat, tidur kalau sudah malam di jalan, esok baru teruskan perjalanan semula.

“Maklumlah, sudah tua, kaki kalau dah penat sangat terasa tegang betisnya, kalau dah macam tu kena berhenti rehat,” jelasnya, lapor Kompas.com. 

Difahamkan, perjalanannya dari Bukit Tinggi ke Bogor mengambil masa lebih kurang dua minggu dan jarak keseluruhan perjalanan sekitar 2,600 kilometer.

Selain itu, ini bukanlah kali pertama dia merempuh perjalanan jauh, dia juga pernah mengelilingi nusantara pada tahun 2017.

Sumber: Kompas.com

Faiz Mustafa