Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran ribut petir melebihi 20mm di negeri utara dan Pahang hingga 12 jam tengahari ini.
Beberapa kawasan di negeri utara yang dijangka berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang termasuk negeri Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda), Pulau Pinang dan Perak (Bagan Datuk, Hilir Perak dan Muallim).
Manakala di Pahang pula ribut petir dijangka berlaku di daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin hingga tengahari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh MetMalaysia pada jam 9 pagi tadi.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia