Pada waktu malam, garisan jalan raya bercahaya dalam gelap pasti akan membuatkan pemanduan lebih jelas, sekaligus mampu mengelakkan perkara tak diingini.
Jalan raya merupakan laluan utama menghubungkan satu kawasan ke satu kawasan lain. Berbeza dengan zaman dahulu, kebanyakan penduduk menggunakan sungai sebagai laluan utama.
Setiap jalan raya memiliki garisan putih bagi membezakan arah laluan kenderaan. Namun, ketika memandu pada waktu malam, ia kurang jelas kerana sifatnya tidak bercahaya dan ‘dikaburi’ oleh suasana gelap.
Menerusi gambar yang dimuat naik di Facebook Tarmac Linemarking, ia memaparkan keadaan garisan pembahagi jalan yang bercahaya ketika malam.
Berdasarkan foto yang dimuat naik Facebook itu, jelas menunjukkan garisan jalan berwarna hijau bercahaya sewaktu gelap.
Menerusi foto itu, Tarmac berkata, “WOW ! Beberapa bulan terakhir Tarmac telah dipilih untuk bekerja bersama OmniGrip dan Vic Roads untuk melancarkan percubaan penanda garis Photoluminescent (Glow in the dark) baharu!.
“Ini akan menjadi produk yang luar biasa untuk pejalan kaki & lorong basikal, jalan raya, tanjakan bot dan banyak lagi aplikasi!” tambah halaman Facebook itu.
Perkara ini sedikit sebanyak dapat membantu para pemandu untuk memandu dengan lebih yakin dan selamat berbanding jalan raya yang sudah tidak mempunyai garisan jalan yang jelas.




Sumber: Facebook Tarmac Linemarking