Siakap Keli
Gambar: AFP

Israel Tolak Campur Tangan Asing, Mahu Kuasa Urus Sendiri Kawasan Suci Masjid Al-Aqsa

Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett dalam satu kenyataan yang dibuat Ahad lalu menegaskan bahawa pihaknya akan mengurus dan membuat keputusan sendiri berhubung Baitulmuqaddis dan kawasan suci Masjid Al-Aqsa sekaligus menolak campur tangan kuasa asing dalam perkara tersebut.

Kenyataan itu dibuat dalam satu mesyuarat kabinet kerajaan pimpinannya sebagai respon terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin parti Ra’am, Mansour Abbas.

Mansour Abbas dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook berkata, kedudukan parti pimpinannya dalam kerajaan campuran diterajui Bennett akan ditentukan berdasarkan keputusan hasil pertemuan diantara wakil Jordan dan Israel berkenaan urusan pentadbiran kawasan suci Masjid Al-Aqsa.

Part Ra’am yang mewakili komunti Arab, majoriti Muslim, di Israel sebelum ini mendesak agar jawatankuasa Israel-Jordan menyelesaikan segera beberapa isu panas membabitkan kawasan masjid suci itu, seperti mengurangkan kehadiran polis Israel yang berkawal dan mengembangkan fungsi Waqaf Islam, organisasi yang menguruskan hal ehwal Masjid Al-Aqsa.

Pari tersebut membekukan seketika penyertaan dalam kerajaan campuran Israel.

Pelanggaran undang-undang antarabangsa

Dalam pada itu, kenyataan yang dibuat oleh Bennet turut mendapat perhatian beberapa pemimpin politik di Palestin yang menyifatkannya sebagai pelanggaran kepada undang-undang antarabangsa.

”Kenyataan itu tidak menghormati sejarah status quo dan melanggar hak Jordan sebagai penjaga kepada kawasan susi Masjid Al-Aqsa,” kata jurucakap kepada Perdana Menteri Palestin, Mahmoud Abbas.

Sejarah Kota Lama dan Masjid Al-Aqsa

Menurut sejarah, Kota Lama merupakan kawasan suci kepada penganut Yahudi manakala Masjid Al-Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci bagi umat Islam. Kedua-dua tempat ini berada di dalam kawasan yang sama.

Jordan merupakan pihak yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kawasan suci tersebut sekaligus berperanan sebagai penjaga kepada Masjid Al-Aqsa.

Sebelum ini, ketegangan memuncak di sekitar Masjid Al-Aqsa apabila polis Israel dilapor menceroboh rumah ibadah umat Islam itu dan melepaskan gas pemedih mata serta melepaskan tembakan. Insiden berkenaan menyebabkan ratusan umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa dan beriktikaf di masjid tersebut cedera.

BACA: Mengejar Lailatul Qadr, Lebih 250 Ribu Rakyat Palestin Penuhi Masjid Aqsa Untuk Solat Tarawih

Sumber: The Times of Israel

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.