Siakap Keli
Gambar: MSN

Ketahui Enam Fakta Mengenai Langit Merah Di Bandar China

Ayuh ketahui enam fakta mengenai fenomena langit merah di sebuah bandar di China sehingga mencetuskan kekecohan baru-baru ini.

Menurut laporan Daily Star,  kejadian langit seakan ‘darah’ itu berlaku di tepi pelabuhan sebuah bandar. Pada awalnya, penduduk disekitar menganggap insiden kebakaran besar berlaku sehingga mencetuskan langit merah.

Kejadian itu berlaku selepas waktu senja apabila langit bertukar warna, ditambah dengan kehadiran lapisan kabus yang tebal pada waktu itu.

Selain itu, ada juga menyifatkan langit merah itu sebagai petanda buruk terhadap kawalan pandemik Covid-19 oleh kerajaan China yang kembali semula di Shanghai, jelas media tempatan terhadap fenomena itu.

Fakta Mengenai Langit Merah Di Bandar Pelabuhan China

Pertama, pembiasan atau serakan cahaya adalah punca berlakunya kejadian langit merah di sebuah bandar China.

Selain itu, menurut seorang kakitangan Biro Meteorologi di Zhousan, fenomena langit itu  berlaku apabila keadaan cuaca baik dan lebih banyak air di atmosfera membentuk butiran pepejal yang membiaskan cahaya bot nelayan sehingga mencipta langit itu, dipetik dari Global Times.

Imbas kembali, menurut saintis dari Jepun dalam artikel 2017, kejadian yang sama juga pernah direkodkan berlaku pada tahun 1770 disebabkan aktiviti solar.

Salah seorang pakar dari penyelidik fizik angkasa di Universiti Geosains China di Wuhan, menjelaskan kepada media bahawa kejadian langit merah tidak perlu dibimbangkan kerana ia disebabkan oleh aktiviti geomagnet dan solar.

Akhir sekali, kejadian itu telah disahkan menerusi sebuah rakaman televisyen tertutup (CCTV)  bahawa berlaku pembiasan cahaya dari salah sebuah bot nelayan di kawasan pelabuhan berkenaan.

Bagi mereka yang tidak pernah mengetahui fenomena ini, pasti menganggap ia adalah sebuah bencana atau kemarahan alam terhadap aktiviti manusia.

Sumber: MSN

Muhd Iqbal

Editor: Adnin Razak
" "