Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo mahu kekal di Manchester United tetapi dengan syarat, dia hanya akan kekal sekiranya jurulatih, Erik Ten Hag masih memerlukannya, lapor The Sun UK.
Penyerang 37 tahun itu mahu beraksi bersama rakan sepasukanya dengan baki kontraknya di Old Trafford walaupun pasukan itu gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara (UCL) tahun depan.
Kegagalan layak ke UCL selepas tewas teruk dimalukan Brighton 0-4 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) baru-baru ini membimbangkan United bahawa Ronaldo bakal berpindah daripada pasukan itu.
Namun, sebelum ketibaan jurulatih baru itu, kakitangan dalaman mendedahkan bahawa Ronaldo memberitahu pemain lain yang dia tidak akan ke mana-mana kelab yang tidak memerlukan khidmatnya.

Bagaimanapun, dia telah memberitahu mereka jika Erik Ten Hag mahu mengambil jalan berbeza, maka dia tidak akan berasa susah dan tidak menyesal untuk kembali ke Old Trafford.
Sementara itu, beberapa pemain utama yang lebih muda, termasuk pemain sayap berusia 20 tahun, Anthony Elanga mahu Ronaldo untuk kekal kerana mereka percaya pasukan itu terus boleh belajar daripadanya.
Ronaldo yang telah menjaringkan 18 gol dalam 29 perlawanan EPL musim ini juga difahamkan berminat untuk kekal di United Kingdom kerana anaknya Cristiano Jr telah menetap di akademi United.
Dia juga percaya kepada isterinya, Georgina yang sebelum ini pernah tinggal di UK semasa bekerja sebagai pengasuh sebelum bertemu dengan Ronaldo di Madrid.
Hal tersebut ditambah juga mengenai mereka yang baru sahaja menyambut kelahiran puteri dan kehilangan kembar abangnya (kembar anak perempuan).
Sebelum ini, Ronaldo mengumumkan anak lelaki mereka yang baru lahir telah meninggal dunia berikutan komplikasi semasa bersalin bulan lalu.
Berita pilu tersebut telah mencetuskan rasa simpati dalam kalangan peminat bola sepak di seluruh dunia.
Sementara itu, Erik Ten Hag masih tidak memberikan sebarang jawapan untuk mengambil alih United selepas pembantu utamanya, Fred Rutten menolak untuk sertai kelab itu.

Tambahan pula, ia menjadi tamparan hebat selepas pasukan itu baru sahaja dimalukan oleh Brighton dengan kekalahan 0-4 di Amex baru-baru ini.
Pemain pertahanan legenda Red Devils, Rio Ferdinand menegaskan bahawa pasukan di bawah kendalian Ralf Rangnick sebagai “Tiada perlawanan, tiada watak dan tiada keinginan”.
Peminat United yang marah dengan kekalahan itu berpendapat bahawa jurulatih tersebut tidak layak memakai baju berkenaan, semasa kelab mereka dimalukan di Amex.
Sumber: The Sun UK