Siakap Keli
Gambar Via Oddity Central

Terbiar Selama 35 Tahun, Ini Pejabat Pos Paling Sunyi Di Dunia

Sebelum wujudnya pelbagai teknologi moden pada hari ini, surat menjadi medium komunikasi utama yang digunakan oleh penduduk dunia. Ketika itu, pejabat pos mempunyai peranan yang penting dalam menyampaikan surat tersebut.

Bagaimanapun, penghantaran surat kini tidak lagi menjadi pilihan masyarakat kerana timbulnya pelbagai medium komunikasi yang lebih mudah untuk digunakan.

Tetapi, terdapat sebuah pejabat pos kecil di Mongolia ini telah mendapat kira-kira 20,000 surat dan poskod pada Disember 2021 untuk dihantar dari situ.

Pejabat pos paling sunyi di dunia

Gambar Via Oddity Central

Untuk pengetahuan anda, ia dikenali sebagai pejabat pos paling sunyi di dunia kerana dibina di tengah-tengah Gurun Tengger yang tidak mempunyai sebarang penempatan.

Malah, kelibat pekerja juga tidak pernah kelihatan di situ.

Difahamkan, orang ramai mula berminat untuk menghantar surat dari pejabat pos itu setelah seorang sukarelawan, Zhang, mempromosikan semula pejabat pos tersebut.

Gambar Via Oddity Central

Pejabat pos itu telah dibina dengan ukuran 15 kaki persegi dan ia diperbuat daripada kayu.

Sebaik sahaja ia tular di internet, orang ramai mula datang berkunjung ke pejabat pos tersebut walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh.

Tidak pernah dikunjungi orang ramai

Memetik laporan News Buzz, pejabat itu tidak pernah dikunjungi oleh orang ramai sejak ia mula dibina kerana berada jauh di padang pasir yang tandus dan terbiar selama 35 tahun.

Dalam pada itu, Zhang dan rakannya, Luo Meng, memulakan kempen untuk memastikan pejabat pos paling sunyi di dunia itu terus hidup.

Jika ada yang tidak dapat pergi ke pejabat pos itu, surat akan dihantar atas nama mereka.

Gambar Via Oddity Central

Ketika pandemik COVID-19 yang lalu, orang ramai semakin giat menghantar surat dari pejabat pos itu ke Singapura dan Australia.

Zhang juga telah membina semula pejabat pos tersebut dan menyiapkannya dalam masa 20 hari.

Selepas memohon kerjasama dari China Post, akhirnya ia dijadikan sebagai salah satu daripada 700 pejabat pos di China.

Sejak dari itu, surat dan poskad yang dihiasi dengan setem khas bertema padang pasir ditulis di pejabat pos tersebut setiap hari.

Surat dan poskad tersebut diangkut sejauh 10km ke jalan yang terdekat, dimasukkan ke dalam trak dan kemudian dihantar ke seluruh dunia.

BACA: Dipercayai Dibina Sejak 1950 & Ditengah-tengah Pulau, Ini Rumah Paling Sunyi Di Dunia

Sumber: News Buzz

Sofea

There's always another side to every story