Siakap Keli
Gambar Via MSN/CNA

CNA Mohon Maaf, Tersalah Padankan Bendera

Channel News Asia (CNA) telah membuat permohonan maaf kerana melakukan kesilapan ketika memaparkan kedudukan pungutan pingat Sukan SEA ke-31.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan di Facebook, CNA berkata mereka tersalah memadankan bendera negara-negara yang menyertai temasya tersebut.

“Kami membuat kesilapan dalam jadual pungutan pingat Sukan SEA yang disiarkan di Asia First di CNA sekitar jam 7.50 pagi tadi,” kata CNA.

Ralat yang dilakukan pihak stesyen TV itu disiarkan selama kira-kira 25 saat.

Tambah kenyataan itu lagi, kesilapan tersebut telah diperbetulkan ketika siaran yang berikutnya termasuk permohonan maaf secara langsung.

“Kami amat kesal perkara ini berlaku. Ia tidak mencapai standard profesional yang kami harapkan.

“Pihak kami memohon maaf dengan setulus hati kepada semua penonton, kami akan berusaha untuk memperbaiki kesilapan dan melakukan yang terbaik,” ujar stesen TV itu.

Kesilapan tersebut telah menjadi tular di media sosial sejak pagi tadi.

Menerusi siaran tersebut, hanya bendera Myanmar dan Timor Leste yang disiarkan dengan betul.

Manakala, sembilan lagi bendera negara lain dilihat tertukar seperti bendera Malaysia yang tertukar dengan Singapura.

Sumber: CNA

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.